Dilahirkan Tiada Dubur, Ibu Adik Aqil Tabah Selama 4 Tahun

Pasti ramai yang tak tahu kewujudan penyakit Cloacal Exstrophy kan? Untuk pengetahuan anda, Cloacal Exstrophy adalah sejenis penyakit ketiadaan tempat pembuangan air besar yang sempurna.

Itulah yang terpaksa dialami oleh adik Syafrullah Aqil Mohamad Hairul Nizam berusia 4 tahun. Adik Aqil (nama gelaran) menangung derita ini sejak hari pertama kelahirannya.

Ketiadaan alat sulit sempurna menyebabkan adik Aqil terpaksa menggunakan bag stoma yang dilekatkan pada lubang ditebuk di bahagian badan serta memakai lampin pakai buang yang saiz lebih besar daripada sepatutnya untuk memudahkannya membuang najis.

Lihatlah gambar yang sempat pihak Metro rakamkan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Berat ibu bapa Aqil menerima…

Selain itu, adik Aqil yang yang berstatus orang kurang upaya (OKU) terpaksa dipakaikan kasut khas bagi menyokong pergerakannya yang tidak stabil disebabkan masalah kaki kanan terpelecok semasa di dalam rahim lagi.

Menurut bapanya, Mohamad Hairul Nizam Ab Rahman, dia dan isteri tidak menjangkakan anak bongsu daripada empat beradik ni dilahirkan begini kerana sewaktu pemeriksaan kandungan, doktor memberitahu bayi dalam keadaan normal. Tapi mereka cuba redha untuk terima kenyataan walaupun berat.

Tambahnya lagi, sejak dilahirkan, Aqil pernah menjalani tiga pembedahan dan ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama enam bulan bagi tujuan rawatan serta pemantauan.

Pihak kami mendoakan agar kesihatan adik Aqil semakin pulih dari semasa ke semasa dan ibu bapa adik Aqil tabah menjaga amanah Allah yang kurang sempurna. Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Mohamad Hairul Nizam di 012-292 4629 atau menyumbang ke akaun CIMB Bank bernombor 7603947775.

Video rakaman pendek…

Jom lihat rakaman video ringkas untuk melihat pergerakan adik Aqil yang seperti kanak-kanak normal.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Bersalin Koyak Hingga Ke Dubur! Doktor Pakar Ini Menerangkan Konsep Jahitan

Yang Sebenarnya Boleh Ke Suami Minum Susu Isteri?

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: HM

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna