Dikecam Kerana Sarungkan Anak Baju ‘Mermaid’, Che Ta Bidas Komen Netizen

Biarlah orang nak cakap apa, janji anak kami seronok,”

Itulah antara ayat pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan nama Che Ta yang membidas komen dan kritikan dari netizen apabila menyambut hari jadi anak perempuannya iaitu Aishah Dhia Rana yang keempat.

Sumber: instagram che ta

Namun, bukan itu yang menjadi isu hangat kerana rata-rata di antara pengikutnya benar-benar tidak kisah jika pelakon Kiah Perkasam itu ingin menyambut ulang tahun hari jadi Aishah.

Tetapi, yang menjadi isu sekarang apabila pelakon berusia 45 tahun itu menyarungkan baju kostum ikan duyung yang terdedah sebahagian besar perutnya dan lengannya.

Antara komen netizen yang membanjiri ruangan komen tersebut mengatakan kostum kanak-kanak yang diragakan tidak sesuai untuk tontonan umum kerana risau menjadi ‘bahan’ bagi golongan pedofilia (golongan lelaki dewasa yang tertarik dengan kanak-kanak lelaki mahupun perempuan secara seksual).

Kesian Aishah…

Tidak cukup dengan itu, ada juga di antara mereka rasa kasihan terhadap Aishah kerana kecil-kecil lagi telah didedahkan dengan pakaian yang tidak sopan dan tidak diajar untuk menutup aurat dengan betul.

Rozita membidas…

Berikutan itu, Rozita telah membidas komen-komen netizen dengan mengatakan orang yang banyak mengutuk keluarganya memang suci sehinggakan yang apa orang lain buat nampak tidak betul di mata mereka.

Tidak cukup dengan itu, pelakon berusia 45 tahun itu juga memuat naik percutian mereka ketika di Jepun dengan menjelaskan segalanya pada kapsyen posting tersebut.

Kesimpulannya, sebagai ibu bapa anda perlu berikan contoh dan didikan yang terbaik untuk anak mereka. Jika boleh, didik si manja sejak dari kecil lagi. Samalah seperti, pepatah melayu yang mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Walau bagaimanapun, tidak salah jika ingin memenuhi permintaan anak tetapi, perlulah berpada-pada ikut kemampuan masing-masing okay!

 

Sumber: instagram che ta

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna