Digelar Perempuan Simpanan, Berani Mati Mengaku Curang Dengan Suami Orang

Bila bercakap sahaja tentang kes curang memang tidak dapat dinafikan lagi terlalu banyak yang berlaku pada masa kini. Kononnya ingin menumpang kasih, tetapi rata-rata ada juga ‘perampas’ yang suka melihat penderitaan orang lain demi kebahagiaan diri sendiri. Sebab itu sebelum anda memilih pasangan hidup dan membuat keputusan untuk berkahwin penting untuk kenal lebih mendalam supaya  nanti diri anda tidak ditipu.

Donna faham, kadangkala sebagai seorang wanita mungkin ada segelintir yang lebih suka suami orang berbanding lelaki bujang kerana tanggapan mereka suami orang lebih berpengalaman dan menarik. Bagi anda yang sudah terperangkap dalam mana-mana hubungan dan digelar orang ketiga mungkin rasa serbab salah itu akan mula menghantui diri anda.

Lagi mengejutkan apabila seorang wanita ini tular di laman sosial apabila dia berani untuk membuat pengakuan dan meminta maaf kepada isteri teman lelakinya. Can you just imagine? Kalau perkara ini terjadi kepada anda dan apa tindakan yang anda akan lakukan wanita tersebut?

Image result for women write letter

Sumber: techno

Siap Tulis Surat Terbuka

“Tak pernah terlintas dalam hati saya untuk jadi perempuan simpanan, untuk pengetahuan awak saya datang dari keluarga yang berpecah belah sejak umur sembilan tahun dan itu sangat menyakitkan. Saya tahu apa yang saya lakukan ini tidak boleh dimaafkan tapi saya tidak sengaja. Surat ini bukan untuk mencari belas kasihan tapi awak punya hak untuk membenci saya.”

Dalam surat itu dia juga menyatakan bahawa perkara itu terjadi apabila dia sedang asyik dilamun cinta dan tiada niat untuk menghancurkan rumahtangga orang lain. Pada awalnya dia tidak tahu bahawa kekasih yang dia cintai itu adalah milik orang lain dan lelaki tersebut langsung tidak menceritakan apa-apa.

Wanita tersebut mengharapkan agar isteri lelaki tersebut memaafkannya dan hidup dalam keadaan sejahtera. Sukar untuk menjadi seorang ibu tunggal yang harus membesarkan anak-anak namun wanita itu juga berharap agar dia menemui cinta sejati yang layak berdamping di sisinya.

Related image

Sumber: catholic

Tepuk Sebelah Tangan Tidak Berbunyi

Jadi bagaimana mana perasaan anda jika dapat surat daripada wanita yang digelar ‘perempuan simpanan’? Anda harus ingat, isu curang bukan terletak pada satu belah pihak sahaja. Jika tiada yang melayan, mungkin ia tidak akan berlaku, jadi berhati-hati dalam memilih pasangan. Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Takde Sebelah Tak Bermakna Saya Cacat…Penghidap Kanser Payudara Ini Tabah Berjuang Demi Keluarga

 

 

 

 

 

Sumber: aseanparent

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna