Diet Atau Senaman, Mana Lagi Berkesan Untuk Turunkan Berat Badan?

“Malas lah nak bersenam, baik diet je confirm kurus!”

Donna faham nak turunkan berat badan ni bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Kadang-kadang tengok orang lain diet dan bersenam dalam jangka masa pendek terus dapat bentuk badan yang ideal. Jealous tau! Pasti anda sering tertanya-tanya sama ada diet dan bersenam perlu dilakukan secara serentak atau yang mana satu lebih berkesan?

Dilema ni pasti mengganggu bagi anda yang tengah struggle untuk kurus, jadi untuk tahu apa jawapannya teruskan membaca artikel ini agar anda dapat membuat keputusan yang bijak dan mendatangkan hasil yang berkesan.

Image result for pareto principle diet

Sumber: jacked

The 80/20 Rule

Kalau anda mahukan sesuatu mesti anda akan meletakkan usaha yang lebih, sebagai contoh bersenam setiap hari tapi hasilnya masih tidak memberangsangkan. Pertama sekali anda perlu faham, cara yang paling efektif untuk kurus sebenarnya dengan mengamalkan dan memahami konsep Pareto prinsip dengan meletakkan usaha hanya 20 peratus manakala hasil adalam 80 peratus.

Untuk menurunkan berat dengan mudah, pakar nutrisi dan jurulatih senaman bersetuju bahawa 80 peratus daripada usaha anda adalah mengamalkan diet yang seimbang dan 20 peratus daripada senaman. Ini bermaksud anda perlu berhati-hati dengan apa yang anda makan setiap hari, kuanti dan bila waktu yang anda makan.

Senaman

Ingat berat badan anda akan turun sekiranya anda kawal diet pemakanan anda setiap hari! Tapi kalau nak kurus jangan anggap bahawa senaman tidak penting kerana senaman dapat merangsang pertumbuhan tisu metabolisme dan mengurangkan berat badan melalui proses pembakaran lemak yang terkumpul di dalam badan.

Image result for diet

Sumber: nhs

Kenapa Diet Ni Penting? 

Diet ni penting kerana menurut kajian yang telah dilakukan oleh Holly Lofton seorang professor dari Universiti New York menyatakan bahawa setiap orang perlu lari 7 hingga 10 batu sehari untuk menghilangkan satu paun dalam masa seminggu. Haa, mampu ke nak buat tu?

Hasil kajian mendapati seseorang itu tidak mampu untuk lakukannya tanpa meningkatkan pengambilan kalori mereka. Ini bermakna anda tidak perlu terlalu mengikut nisbah 80/20 secara tepat untuk menurunkan berat badan yang penting hanya beri tumpuan kepada diet yang seimbang bagi mendapatkan hasil yang lebih berkesan.

Jadi kesimpulannya gabungan diet dan rutin senaman yang lengkap adalah kunci utama untuk anda menurunkan berat badan dengan mudah. Tanpa perancangan, latihan yang konsisten dan berdisplin dalam diet diibaratkan seperti ‘cakap kosong’ sahaja. Haa lepas ni jangan pilih-pilih lagi ye, gabungkan je sekali confirm badan letops!

 

 

 

 

Sumber: ridhwan 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna