“Diberi Keutamaan Kepada Pelajar Tingkatan 5 & 6” – Dr Noor Hisham

Hampir tiga bulan sekolah ditutup akibat penularan COVID-19. Ini disebabkan kanak-kanak termasuk orang tua dan pesakit kronik adalah golongan yang paling berisiko terdedah dengan wabak berbahaya. Jadi, pihak kerajaan mengarahkan golongan ini duduk di rumah dan elakkan berada di luar.

Kini, negara kita telah pun menunjukkan perubahan positif dari semasa ke semasa apabila melihat penurunan jumlah kes baharu pesakit COVID-19 sejak dua minggu lalu.

Unjuran graf kes harian sehingga 31 Mei…

Sumber: kkm

Langkah baru dari KKM…

Hasil kerjasama rakyat Malaysia mematuhi arahan kerajaan, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham telah membuat perkongsian menerusi laman akaun Facebook miliknya mengenai pembukaan sekolah selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurutnya, kemasukan sekolah kelak akan diutamakan bagi pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM iaitu pelajar tingkatan 5 dan 6 mengikut Garis Panduan Pengurusan Sekolah Pasca Perintah Kawalan Pergerakan yang disediakan hasil kerjasama KPM, MKN dan KKM.

Penerangan lebih mendalam dari Dr Hisham…

Lawatan ke SMK Engku Husain…

Antara beberapa keping gambar yang dimuat naik Dr Hisham ketika bersama Dr Mohd Radzi Md Jidin, Menteri Kanan Pendidikan semasa lawatan ke SMK Engku Husain di Semenyih Selangor.

Mungkin dengan membuka sekolah secara berperingkat adalah langkah paling efektif memandangkan jumlah kes baharu kebanyakan daripadaa bukan warganegara dan masih di bawah kawalan.

Lagipun jika pihak kerajaan membuka sekolah rendah pada masa terdekat ni, pasti akan ada kluster kanak-kanak kerana mereka sukar untuk menjaga penjarakkan sosial.

Patuh arahan dan stay safe ye guys jika inginkan tamatkan PKPB 9 Jun ini. Malaysia boleh!

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pelajar Darjah 1 Hidung Berdarah Pada Hari Pertama Persekolahan

275 Sekolah Di Sarawak Ditutup

 

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna