Dianggap Sebagai Hero, Siapakah Lelaki Yang Selalu Muncul Dekat TV Ini?

Sejak awal lagi, wajahnya selalu muncul di kaca televisyen memberikan berita terkini tentang keadaan penularan wabak berbahaya yang telah mengorbankan banyak nyawa di seluruh dunia. Bukan itu sahaja, berkali-kali juga beliau tampil dengan nasihat dan menyangkal mitos sepanjang COVID-19 ini. Ramai yang tertanya-tanya, siapakah gerangan lelaki ini?

Beliau adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. Beliau bukan calang-calang orangnya. Beliau sendiri adalah seorang pakar bedah yang sangat arif selok-belok bidang perubatan.

BACA:Jangan Ingkar Arahan! Gelombang Ketiga COVID-19 Lebih Parah

Memulakan kerjaya sejak 1988

Dilahirkan di Sepang, Selangor, pada 21 April 1963, Dr. Noor Hisham mempunyai ijazah Sarjana dalam Pembedahan dan ijazah Kedoktoran Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai perubatan semula pada Ogos 1988.

Pakar Bedah

Dr. Noor Hisham kemudiannya menjadi pakar dalam pembedahan endokrin dan melakukan latihannya di pelbagai universiti di Adelaide dan Sydney, Australia. Beliau juga merupakan Pakar Bedah Umum pada 1994 dan juga Pegawai Perubatan Pakar Bedah Umum Hospital Putrajaya pada tahun 2004.

Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013

Dr. Noor Hisham memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) sejak 1 Februari 2008 dan dilantik menjadi Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013.

Beliau juga merupakan Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya serta Pakar Perunding Bedah Kanan Hospital Putrajaya pada tahun 2007.

Menulis bab buku teks

Kepakarannya dalam kanser endokrin telah memberikannya kepemimpinan dalam pelbagai pembelajaran serta program jangkauan kesihatan yang inovatif di seluruh Malaysia.

Kelulusan

  1. Medical Doctor M.D (UKM) – 1988
  2. Master of Surgery M.S (UKM) – 1994
  3. Royal Australasian College Of Surgeons Fellowship Training in Breast Endocrine Surgery – 1997
  4. Academy of Medicine Malaysia (A.M.) – 1998
  5. Fellow Academy of Medicine Malaysia (F.A.M.M.) – 2004
  6. Advanced Management Program, Oxford Business School, UK – 2008

Anugerah

-Kesatria Mangku Negara (K.M.N.)

– 5 Jun 2004Panglima Jasa Negara (P.J.N.)

– 2 Jun 2007Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perlis (D.P.M.P.)

– 17 Mei 2010Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.)

– 17 Mei 2013Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri Pulau Pinang (D.M.P.N)

– 26 Ogos 2013Darjah Sri Mulia Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP)

– 5 April 2014Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2000

– Hospital Kuala Lumpur (HKL) Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2004 – Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL)

Hebatkan Ketua Pengarah kita? Sama-sama kita doakan agar pihak kementerian dan mereka yang berjuang di barisan hadapan akan diberi kekuatan untuk sama-sama berbakti kepada masyarakat seterusnya membendung penularan COVID-19.

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna