“Diamlah Bod*h,” Apa Nak Buat Bila Anak Suka Mencarut?

“Tak tahu nak buat apa, anak sulung saya mesti akan hamburkan carutan dekat anak kedua setiap kali adik dia menangis,”

Itu mungkin antara perkara yang membuatkan para ibu bapa pening kepala. Entah macam mana anak boleh melafazkan kata-kata seperti itu. Mungkin secara tak sedar, dia terdengar orang sekeliling berkata seperti itu. Boleh jadi bapanya sendiri atau kawan-kawan yang selalu bermain bersama.

Tambahan pula, anak-anak sedang membesar dan mempelajari perkataan baru. Jadi, kadangkala dia tak tahu pun ada beberapa perkataan yang sebenarnya tak boleh disebut. Sebagai ibu bapa yang prihatin, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mengatasi perkara ini.

via GIPHY

Bertenang

Memang terkejut dengar anak anda mencarut buat pertama kali, tapi sebagai ibu bapa anda kena bertenang. Jangan marah atau lempang muka anak anda. Boleh jadi dia sengaja cakap benda tak elok untuk sekadar tarik perhatian anda. Anda boleh tegur dengan nada yang baik “tak elok tau kita guna perkataan ini sebab orang akan terasa dengan kita,”

Boleh jadi juga kanak-kanak hanya sebut sahaja tapi tak tahu makna perkataan itu.

via GIPHY

Ajar cakap benda betul

Terangkan kepada anak apa maksud perkataan itu dan ingatkan mereka supaya tidak menggunakan perkataan itu.

Pantau anak tengok apa

Selain ingatkan orang terdekat supaya tidak mencarut, anda kena pantau juga apa yang anak-anak anda lihat di media sosial. Itu juga boleh mengundang anak anda untuk bercakap perkara yang tak senonoh. Kalau nak selamat, bacakan sahaja mereka buku cerita.

via GIPHY

Puji bila anak guna perkataan elok dan jangan ketawa bila mereka mencarut

Jangan beri reaksi seolah-olah perkataan itu dibolehkan. Anda kena bertegas. Bukan itu sahaja, berikan pujian setiap kali anak anda berkata sesuatu yang baik.

Latih perkataan baru

Ajar anak perkataan baru untuk mengalihkan perhatian mereka. Siapa tahu mereka akan menggunakan perkataan yang anda ajar itu dalam percakapan mereka. Tak kisahlah warna pelangi atau objek.

via GIPHY

Semoga beberapa tip ini dapat membantu anak jika mengalami situasi seperti ini. Ingat, anak kita memang cepat belajar dari keadaan sekeliling. Pastikan kita semua menunjukkan contoh yang baik di rumah ya.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: theaseanparent

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna