“Dia Tonyoh Muka Kakak Dekat Kemaluan Dia,” Ibu Tergamam Anak Dicabul Sahabat Suami

Kalau dah namanya sahabat lama, mesti tak kisah kalau nak biar dia berkunjung ke rumah. Kita pun dah anggap kita seperti keluarga sendiri. Tapi siapa sangka, orang yang kita percaya rupanya syaitan bertopengkan manusia.

Sebuah kisah menyedihkan dikongsikan seorang doktor pakar pediatrik, Dr Redza Zainol melalui sebuah posting di Facebook. Seorang kanak-kanak mengadu kepada ibunya bertanya mengapa uncle S yang merupakan sahabat terdekat suaminya tonyoh wajah kanak-kanak ini pada kemaluannya?

Pertanyaaan itu begitu memeranjatkan ibunya. Nampaklah bahawa anaknya binggung dan tak tahu menahu tentang apa yang berlaku. Mereka pun membawa anak untuk dirujuk kepada pakar.

BACA: Alert! Rakan Sekerja Tiba-Tiba Asingkan Diri Petanda Terkena Gangguan Seksual

Rupanya anak kesayangan mereka telah dicabul oleh kawan karib sendiri. Luar pakai muka manusia, dalamnya syaitan hitam belaka. Si ayah hanya menggigil menahan air mata.

Sumber: Kathmandu post

Predator memang akan mencari mangsa walaupun ia adalah kanak-kanak bawah umur. Memandangkan mereka ini tidak akan melawan, mudahlah pencabul nak buat kerja. Jadi, sebagai ibu bapa kita kena berhati-hati dan jangan mudah percaya kepada sesiapa walaupun dia adalah sahabat karib sendiri.

Pencabul memang akan reka apa sahaja cerita nak pastikan dia tak bersalah. Apapun yang jadi, percaya kepada anak anda. Percaya kepada mangsa.

BACA: Bapa Kejam Cabul Tiga Anak. Ibu Yang Bersalah Ke?

Sumber: childrensmd

Dr Redza turut berkongsi apa yang perlu dilakukan jika anda berhadapan dengan keadaan seperti ini.

  • Buat laporan polis.
  • Bawa laporan ke hospital.
  • Doktor sakit puan akan lakukan pemeriksaan dengan teliti pada bahagian kemaluan anak.
  • Anak akan dirujuk ke bahagian psikiatri untuk dinilai tanda kemurungan, stres atau trauma. Apa yang paling ditakutkan ialah jika anak ada rasa nak bunuh diri.
  • Jika ada anak perempuan lain, bawa juga ke hospital untuk diperiksa. Boleh jadi mereka juga berisiko sudah dicabul.

Malang tidak berbau. Apa yang boleh dilakukan ialah memastikan anak-anak kita selamat walau di mana mereka berada. Ajar anak kita bahagian tubuh mana yang tak boleh disentuh walaupun mereka ialah orang yang kita kenali.

 

 

 

 

 

 

Sumber: Dr Redza

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna