“Dia Nombor Satu Dalam Hidup, Sampai Hanif Pun Saya Tolak Ke Tepi…” Anzalna Nasir

Ibu mana yang tak gembira kalau sudah bertahun-tahun menunggu cahaya mata akhirnya dikurniakan dengan seorang bayi lelaki yang sangat comel. Saat itu ia pasti sudah menjadi kurniaan paling terindah buat Anzalna kerana penantian selama tiga tahun akhirnya terlerai dengan kegembiraan apabila dikurniakan cahaya mata iaitu Mohamad Eidrees.

Bukan sahaja cantik dan berkerjaya malah Anzalna turut berbangga kini sudah bergelar sebagai seorang ibu sehingga dengar-dengar sejak dah ada anak ni sampai suami pun terlepas pandang, eh betul ke!

Image result for eidrees

Sumber: pa&ma

Hanif Pun Saya Tolak Tepi…

“Pengalaman bila dapat Eidrees seronok sangat, ini lah paling terindah dalam hidup Anzalna sebab I cannot imagine untuk dapat anak, biasalah bila dah tunggu lama kan, saya sampai dah lupa dah.  Sebelum I found out pregnant, saya memang amalkan supplement and berjumpa doktor juga untuk make sure I have no problem for having kids kan.”

“Bila ada Eidrees ni memang kerja semua boleh saya tolak tepi kerana dia, macam mana pun dia number one in life right now, Hanif pun saya dah tolak ke tepi.”

Image result for eidrees

Sumber: babab

“Nampak Bahagia Je Sentiasa..”

Amboi sayang betul ye Anzalna pada baby boy dia, siap bergurau sampai suami pun dah tolak ke tepi hiks! Biasalah mak mana yang tak lebihkan anak berbanding suami tambah lagi ini first baby. Menerusi sahaja di Instagram kehidupan Anzalna dan Hanif sebelum ni pun ibarat pasangan yang baru kahwin, sweet je sentiasa. Apa agak-agaknya rahsia mereka kekal bahagia ye?

“Sebenarnya saya dan Hanif tak pernah rasa down pun sebab bila rezeki belum sampai lagi itu semua rancangan Allah. Ada atau tak ada anak sekali pun kita orang tetap enjoy our life, make ourselves happy! Saya mudah je, bila anak tidur itu lah masa yang ada untuk suami sebab macam tak masuk akal juga orang cakap bila ada anak, habislah lepas ni lupa suami. Bagi saya tidak, ia masih sama lagi.”

Bila dah berumah tangga ni kena lah pandai uruskan masa dengan betul, jangan sampai terlepas pandang suami. Silap-silap makan hati ni! Apa-apa pun Donna mendoakan agar Anzalna dan Hanif berbahagia dan dapat menjalani kehidupan bersama Eidrees dengan gembira.

 

 

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Bagi Wanita Super Busy Ikut 3 Langkah Jaga Kulit Muka Ni. Serius Tak Susah Pun!

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna