Di USA ‘Baby Walker’ Punca 230 000 Kes Kecederaan Bayi, Kenapa?

Penggunaan baby walker dalam kalangan kanak-kanak yang masih belum pandai berjalan sering digunakan untuk  memberi kaki si manja kuat dan cepat berjalan. Selain itu, memudahkan penjagaan bayi kerana mereka menjadi seronok, kurang meragam dan mudah diawasi.

Sayangnya, tak ramai yang tahu ini adalah satu tanggapan yang salah dan penggunaan baby walker mampu beri kesan buruk terhadap kesihatan bayi. Hm, mesti ramai yang tak percaya dan tak tahu kan?

via GIPHY

Menurut seorang Pegawai Perubatan Senior Dr Zubaidi Hj Ahmad, lebih 14,000 kanak-kanak cedera kerana menggunakan baby walker. Malah, pada setiap tahun di USA akan ada kes kematian bayi disebabkan kecederaan kepala akibat jatuh dari tangga atau barang yang tinggi jatuh ke kepala.

Kenyataan ini dibuktikan dalam satu kajian yang dilakukan di Singapura dimana 185 bayi dijadikan bahan ujian sejauh mana keberkesanan penggunaan walker. Keputusannya, seramai 21 bayi mengalami kecederaan teruk  sehingga menyebabkan tumbesaran bayi lambat. Selebihnya mengalami kecederaan ringan seperti lebam di bahagian kepala, dahi, pipi dan muka.

Sumber: carian google

Kajian ini juga disokong oleh Doktor Kanak-Kanak di Eropah, Dr Brenda J Shield, dia mengatakan baby walker langsung tidak membantu si kecil berjalan dengan cepat tapi menyebabkan perkembangan otot dan mental tidak dirangsang.

Tambahnya lagi, untuk si manja belajar berjalan sebenarnya membiarkan mereka berguling, merangkak dan bermain di lantai. Cara lain lagi, biarkan mereka memanjat, berjalan perlahan-lahan dengan memegang apa-apa sokongan dengan kerap supaya dapat memberi rangsangan secara tidak langsung kepada motor and sensor kaki.

via GIPHY

Pesanan daripada Dr Zubaidi, jika anak anda tidak mampu berdiri dengan sendiri pada usia setahun, bawalah berjumpa dengan pakar paediatrician untuk dapatkan nasihat.

Sebagai ibu bapa kita mestilah nak beri yang terbaik pada anak kita tapi janganlah sehingga memudaratkan si kecil.

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut: Dah Basuh Pun Kotor Lagi, Macam Mana Nak Bersihkan Mainan Si Manja Ni? , Si Manja Tak Nak Makan? Pujuk Mereka Dengan Hidangan Piza Snowman

 

 

 

 

Sumber: Dr Zubaidi

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna