Derita Kaki Bayi 21 Hari Terpaksa Disimen..

Siapalah tidak sedih jika terpaksa melihat anak yang baru melihat dunia terpaksa menanggung kesakitan sehingga kakinya terpaksa disimen sejak berusia 21 hari lagi. Begitulah nasib Izzakif Aisy yang hampir setahun usianya.

Menurut doktor,keadaan bayi yang dilahirkan dengan kaki bengkok iaitu pergelangan kaki dan buku lalinya berpusing menghala ke dalam atau ke bawah adalah kecacatan yang biasa berlaku pada seorang bayi dalam setiap 1,000 kelahiran di dunia.

Sumber Foto : NHS.UK

“Dia dilahirkan dengan masalah kaki bengkok atau congenital talipes equinovarus (CTEV) bilateral clubfoot atau kaki pangkor, kata ibunya Nurul Ain.

Menurutnya lagi, kaki bayi yang kini berusia tujuh bulan terpaksa disimen dari paha ke hujung jari iaitu sepanjang kira-kira 15 sentimeter setiap tiga hingga empat kali seminggu. Dan ibarat rutin mingguan Nurul Ain dan suami berulang alik ke Hospital untuk merawat kaki anaknya.

“Penderitaan dialami Izzakif Aisy setiap kali kakinya disimen sukar digambarkan dengan setiap rawatan memakan masa dua hingga tiga jam.

“Disebabkan dia aktif bergerak, simen yang dipasang mudah tercabut atau beralih hingga kedudukan kakinya kembali seperti asal dan ia mengakibatkan kakinya perlu disimen semula,” katanya.

Sumber Foto : Pyhsiopedia

Punca kaki bengkok

Kebanyakkan kes ini tidak berbahaya, dan hanya sebahagian daripada proses tumbesaran kanak-kanak yang membabitkan tulang mereka. Keadaan ini juga adalah berpunca daripada :

  • Kaki bengkok atau pengkar bayi yang normal disebabkan oleh kedudukan janin di dalam Rahim.
  • Tapak kaki rata bayi yang normal, keranan tapak bayi tidak akan melengkung sehingga mereka berumur 3 tahun.

Ibu bapa lakukan ini untuk kurangkan kaki pengkar

  • Jangan galakkan anak tidur berlingkar atau dalam fetal position.
  • Ia lebih baik kalau anak tidak duduk di atas kakinya sendiri dan

Sumber Foto : Silverrattle

  • Betulkan cara duduk anak apabila mendapati mereka duduk dengan kaki dalam kedudukan “W”. Sebaliknya, galakkan cara duduk bersila atau duduk dengan kakinya lurus keluar.

Sumber : Hmetro

Tags: ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna