Demi Anak! Ketahui Masa Yang Tepat Untuk Bersarapan

Sebagai emak, hari-hari kita bising dekat anak kita sarapan pagi. Rasanya dekat sekolah pun sama, mereka  dah dengar cikgu kita membebel suruh ambil sarapan supaya kekal bertenaga.

Bukan itu sahaja, sarapan juga dapat menjaga berat badan, meningkatkan kesihatan jantung dan menyeimbangkan gula dalam darah.

Kalau nak cerita tentang keburukkan tak ambil sarapan pun boleh tahan juga banyaknya. Antaranya, ia boleh menyumbang kepada stres, dan obesiti. Mana tidaknya, hormon anda boleh terkejut seterusnya boleh membuat kan anda lapar dan makan lebih banyak di kemudian hari.

via GIPHY

Namun, kalau anda nak tahu, pengambilan sarapan sahaja tidak cukup. Anda kena ada waktu sarapan yang tepat.

Waktu terbaik untuk bersarapan ialah dua jam selepas bangun dari tidur. Jika lebih cepat anda bersarapan lepas bangun pagi, maka makin baguslah metabolisme dalam badan anak anda.

via GIPHY

Tapi kalau anda berhasrat nak jogging atau bersenam di pagi hari. Anda boleh ambil roti bakar atau pisang sebelum pergi bersenam.

Pilihlah juga makanan yang sihat dan baik untuk diri dan anak anda. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Bijirin yang dimakan bersama susu rendah lemak, oatmeal atau telur rebus.
  • Sejukkan yogurt semalaman dan potong buah-buahan dalam saiz kecil untuk dibuat salad.
  • Boleh juga makan kacang untuk menggantikan mentega.
  • Buat  jus sendiri untuk memberi kesegaran di setiap pagi

Sarapan sangat penting kerana ia membuatkan anak anda lebih bersemangat memulakan hari mereka. Makanan yang sihat tak hanya baik untuk tubuh malah memberikan khasiat yang secukupnya untuk tumbesaran anak anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: CNN Indonesia

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna