Deko Rumah Dengan Sentuhan Hiasan Scandinavian

“Balik-balik asyik kedudukan perabot yang sama je! Bosannya lahai…Tak ada idea la nak deko rumah!”

Menjadi individu yang kreatif bukan perkara yang mudah melainkan anda sememangnya seorang yang kreatif dalam susun atur barang dan susun padan warna.

Tetapi, kepada yang tidak memiliki idea untuk deko rumah anda, Donna ada panduan paling sesuai untuk anda meningkatkan daya kreativiti dalam dekorasi rumah anda.

Sentuhan Scandinavian diilhamkan dari negara Eropah Utara dan buat anda yang tidak tahu, Scandinavian adalah sebuah negara yang berjiran dengan negara Denmark, Norway dan Sweden.

Sumber: iluminasi

Jadi, rakyat di sana lebih gemar sentuhan ringkas, dipenuhi warna kontras hitam dan putih, ringan serta mempunyai selitan beberapa elemen semulajadi yang mampu menghasilkan keadaan selesa dan menenangkan.

Ini adalah antara beberapa panduan untuk memberi rumah anda sentuhan hiasan Scandinavian:

Tiada karpet

Disebabkan sentuhan ini ringan dan ringkas, ruang tamu anda tidak perlu dihiasi dengan permaidani. Hanya menggunakan corak lantai marble atau kayu saja sudah memadai. Jika mahu letak, tiada masalah, cuma letak permaidani bersaiz kecil.

Penyesuaian warna

Disebabkan di sana musim sejuk lebih lama berbanding musim yang lain, orang-orang Scandinavian lebih gemarkan warna putih untuk membantu ruang kelihatan cerah serta mewujudkan suasana yang lebih tenang.

Sumber: iluminasi

Corak geometri

Pastikan pilihan corak hiasan di sekitar ruang Scandinavian tidak terlalu banyak  kerana sentuhan ini lebih memfokuskan kepada corak geometri untuk setiap barang perhiasan.

Pokok hiasan

Syarat untuk menggunakan sentuhan Scandinavian adalah meletakkan hiasan pasu bunga atau pokok di dalam rumah untuk dijadikan hiasan tambahan yang berunsurkan semula jadi. Tumbuhan yang dijadikan hiasan, bukanlah tiruan tetapi yang segar untuk menghasilkan oksigen yang segar di dalam rumah.

Perabot

Ruang Scandinavian menggunakan perabot yang ringkas. Tidak perlu perabot yang bewarna-warni. Cukup sekadar kerusi, meja kopi dan kabinet tv yang dan ringkas sudah memadai. Lebih-lebih lagi jika saiz ruang tamu anda bersaiz kecil.

Jadi, selamat dekorasi rumah anda dengan sentuhan Scandinavian!

 

 

Sumber: idearumahnasri

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna