Dek Kuasa Viral, Pemandu Toyota Camry Direman!

Baru-baru ini tular beberapa rakaman video yang menunjukkan kemalangan di mana pembonceng motorsikal terperosok ke bawah kereta di Kilometer 56.4 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak.

Kemalangan tersebut dipercayai berpunca dari pemandu sebuah kereta toyota Camry putih masuk ke laluan lorong kecemasan dan kemudiannya melarikan diri.

Tlg viralkan…Baru berlaku kt karak hala KL. Pukul 3.00 petang tadi…Kesian penunggang Dan pembonceng motosikal tu..Camry putih WXL 3118.

Posted by KIPAS SUSAH MATI on Monday, 31 August 2020

Kuasa viral!

Mujur pita rakaman kamera dipasang di bahagian belakang dan depan kereta merakam kejadian tersebut. Dapatlah pihak polis mengesan suspek.

Tidak sampai 24 jam, pemandu kereta jenis Toyota Camry berjaya direman kira-kira pukul 10.45 pagi semalam dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis daerah, Superintendan Yusof Unis, Pemandu berkenaan dibawa ke Mahkamah pagi ini dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mangsa telah mendapat rawatan…

Sementara itu, mangsa yang terbabas ke kiri dan jatuh ke tebing kiri jalan sedang mendapat rawatan di Hospital Bentong. Harap tiada kecederaan yang teruk.

Kepada pemandu pacuan empat roda di luar sana, jadilah pemandu yang berhemah dan bertanggungjawab. Terutama bila sudah melakukan kesilapan di atas jalan raya, jangan lari. Malaysia ni kecil je sistur!

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Wanita Terperosok! Kereta Toyota Camry Kini Diburu

Apa Nak Buat Kalau Punca Kemalangan Disebabkan Bahan Binaan Jalan Raya?

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: fb

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna