Debat Vaksin, Siapa Sebenarnya Dato’ Dr Musa Yang Hebat Berhujah?

Isu vaksin sememangnya hangat diperkatakan sekarang ini kerana terdapat golongan pro dan kontra tentang penggunaan vaksin serta kesannya terhadap masyarakat di Malaysia ini. Sebuah video menjadi tular kerana ia adalah rakaman daripada rancangan bual bicara sebuah stesen televisyen yang menjemput dua panel membincangkan isu vaksin.

Baca ini : Nak Percaya Bumi Flat, Suka Hatilah. Tapi Kalau Anti-Vaksin Menyusahkan Orang Lain, Saya Kisah- Dr Halina

Dua panel tersebut adalah Dr Huda seorang doktor freelance yang menyokong gerakan anti-vaksin, juga Dato’ Dr Musa yang merupakan seorang Pakar Kanak-Kanak Negara.

Tajuk yang dibincangkan adalah Vaksin: Perlindungan atau Kemudaratan terlihat sangat biasa namun isu kandungan pedebatan antara kedua panel jemputan tersebut ternyata menghangatkan lagi suasana di set tersebut.

Dr Huda yang menyokong pilihan lain selain vaksin menyatakan kerisauan terhadap kesan sampingan yang mungkin akan dialami oleh penerima vaksin itu sendiri. Hujah tersebut ditepis oleh Dato’ Dr Musa dengan memberikan fakta bahawa vaksin yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah yang terbaik di dunia. Kesan sampingan yang mungkin timbul hanyalah ringan seperti demam dan kesan merah, dan tidak dinafikan kesan yang lebih teruk seperti lumpuh namun dengan purata yang sangat rendah iaitu  1:2.5 juta orang.

Hujah berbalas hujah dan ternyata netizen seakan terpegun dengan keterangan yang jelas dan jitu diberikan Dato’ Dr Musa yang tidak pun memegang walau sehelai kertas atau nota ketika berkata-kata. Penjelasan beliau juga sangat logik berdasarkan fakta membuka minda ramai orang terhadap kepentingan vaksin demi kesihatan sejagat.

Dr Huda selaku wakil golongan prochoice mendapat kritikan netizen yang rata-ratanya merasakan hujah yang diberikan tidak masuk akal. Ramai menganggap doktor freelance itu tidak dapat menjawab soalan dengan baik yang diberikan oleh Pakar Kanak-Kanak Negara itu.

Siapakah sebenarnya Dato’ Dr Musa?

Dato’ Dr Musa Mohd Nordin adalah seorang Pakar Runding Pediatrik dan Neonatalogi di sebuah institusi kesihatan swasta di Malaysia. Sejak tahun 1999 lagi beliau telah berkhidmat di pelbagai organisasi sebagai penasihat antarabangsa yang berkaitan dengan vaksin dan imunisasi. Beliau juga adalah ahli pengasas  kepada Asian Strategic Alliance on the Prevention of Pneumococcal Disease (ASAP).

Pada tahun 2012, beliau menerima anugerah Outstanding Asian Paediatrician daripada Asia Pacific Pediatric Associations. Beliau juga merupakan penerima pertama anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Gabungan Persatuan Perubatan Islam Sedunia (FIMA) di Istanbul.

Anugerah tersebut disampaikan Presiden Turki sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan kemanusiaan seperti membantu rawatan masyarakat yang kurang akses perubatan seperti pelarian /pendatang tanpa izin serta orang asli.

Hukum vaksin mengikut Islam

Galakan untuk mendapat rawatan dan mendapat ubatan yang bersesuaian. Islam menyarankan umatnya agar sentiasa mencari penawar kepada penyakit yang dihidapi, kerana setiap penyakit ada penawar yang perlu dicari, diterokai dan dikaji. Sesuai dengan sabda Nabi SAW:

لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ فَإِذَا أُصِيْبَ دَوَاءُ الدَاءِ بَرَأَ بِإِذْنِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ

            Maksudnya: “Setiap penyakit mempunyai penawar, apabila penawar menepati penyakit tersebut, nescaya akan sembuh dengan izin Allah.”

(Riwayat Muslim)

 

Dalam hal ini hukumnya adalah harus. Ini kerana rawatan terdahulu sebelum berlaku wabak atau dibimbangi berlaku satu-satu penyakit adalah dibolehkan. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW:

مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ مِنْ تَمَرِ المدينةِ لمَ ْيضره سِحْرٌ ولا سم

Maksudnya: “Barangsiapa makan tujuh butir kurma Madinah pada pagi hari, ia tidak akan terkena pengaruh buruk sihir atau racun.”

(Riwayat Bukhari)

 

Ini termasuk tindakan menghindari penyakit sebelum terjadi.

Dalam isu ini, vaksin bukan lagi merupakan kehendak seseorang, tetapi bahan pencegah ini kini menjadi keperluan kepada masyarakat secara umumnya. Fenomema ibubapa enggan memberikan suntikan vaksin kepada anak-anak mereka di klinik-klinik adalah amat membimbangkan. Perbuatan ini bukan sahaja merbahaya kepada anak-anak yang merupakan generasi masa depan kita, tetapi juga boleh menjadi punca merebaknya jangkitan penyakit-penyakit merbahaya tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, KPJ

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna