Deadoran Punca Kanser Payu Dara? Fakta Atau Hanya Mitos

Ya, memang keturunan juga merupakan punca kanser, tetapi ia hanya beberapa peratusan kecil sahaja.”

Kanser payu dara tergolong dalam punca utama kematian dalam wanita di Malaysia. Kanser ini masih boleh dirawat dan kejayaan rawatan adalah jauh lebih baik jika anda dapat mengesan kanser pada peringkat awal. Ada yang masih tidak mengambil berat dan tidak mahu melakukan pemeriksaan sendiri payu dara setiap bulan terutama dalam kalangan mereka yang berumur 20 tahun ke atas. Mungkin masih ada yang mempercayai sesetengah mitos tertentu dapat mengelak daripada mendapat kanser payu dara. Jadi mereka terus mempercayai mitos tersebutdan tidak dapatkan pemeriksaan dengan tepat. Jangan macam tu tau, sangat penting jika anda dapatkan sesuatu kepastian itu atas nasihat dan pandangan pakar kesihatan yang bertauliah. Ini kerana sebarang masalah berkaitan kesihatan terutama masalah payu dara hanya dapat dikesan melalui beberapa proses pemeriksaan. Elakkan diri menjadi mangsa penipuan mitos atau scam kesihatan ya. Antara mitos yang sering dimomokkan kepada masyarakat berkaitan kanser payu dara seperti:

  • Jika payudara terkena benda tajam kanser akan merebak.

Sumber Foto: huisartsenpraktijk.com

Sampel tisu untuk pengesahan kanser perlu diambil, ini dilakukan agar boleh mengesan sebarang masalah yang terdapat di payu dara. Ada ramai wanita yang mungkin ada tanda-tanda kanser payu dara takut untuk menjalani pemeriksaan ini. Kononnya ada mitos menyatakan, jika payu dara terkena benda tajam, maka kanser cepat untuk merebak. Mitos sebegini tidak tepat sekaligus melambatkan proses pengesahan dan rawatan kanser.

 

  • Kanser payu dara akan menyebabkan buah dada dibuang tanpa ada pilihan.

Masyarakat dimomok bahawa sesiapa yang menghidap kanser payu dara, maka payu dara tersebut perlu dibuang. Umum mengetahui payu dara adalah anggota tubuh yang sangat disayangi, oleh itu ramai yang tidak mahu menjalani rawatan kerana risau dan takut doktor akan membuat keputusan untuk terus membuat pembedahan membuang ‘harta’ mereka. Fakta tersebut tidak benar kerana pesakit kanser payu dara masih ada pilihan lain untuk mengekalkan buah dada tersebut. Terutamanya bagi mereka yang disahkan masih berada di peringkat awal seperti tahap kosong. Ketika itu hanya sel kanser disekelilig sahaja yang akan dibuang. Jika payu dara dibuang keseluruhannya sekali pun masih ada cara mengembalikan bentuk payu dara tersebut dengan  menggunakan kaedah pembedahan rekonstruktif iaitu menggunakan isi bahagian badan seperti punggung ataupun perut.

 

  • Pemeriksaan Mamogram penyebab kanser.

Sumber Foto: mammographybreastscreening.wordpress.com

Mamogram merupakan cara terbaik untuk pengesanan kanser payudara. Ketika proses ini dilakukan, payudara akan dimampatkan. Mampatan payudara semasa mamogram tidak menyebabkan kanser tersebar. Malah pendedahan radiasi dari mamogram amat kecil dan risikonya adalah amat rendah.

 

  • Deodoran meningkatkan risiko kanser payudara.

Tiada bukti menyatakan deadoran penyebab kanser payudara. Memang ada sesetengah doktor menyarankan agar tidak menggunakan deodoran pada hari melakukan mamogram. Ini kerana  deodoran mengandungi aluminium, logam yang akan kelihatan pada mesin imbasan mamogram yang boleh menyebabkan kekeliruan ketika pengesanan dijalankan. Oleh itu jangan membuat sebarang andaian sendiri tau.

 

  • Sejarah keluarga penyebab anda juga akan mendapat kanser.

Punca utama seseorang itu mendapat kanser payu dara disebabkan risiko gaya hidup dan faktor persekitara yang tidak sihat. Ya, memang keturunan juga merupakan punca kanser, tetapi ia hanya beberapa peratusan kecil sahaja.

 

  • Lelaki tiada kena mengena dengan kanser payu dara.

Sumber Foto: Google Image

Jangan terlampau gembira ya! Lelaki pun boleh terkena kanser payu dara. Kanser payu dara pada lelaki biasanya dikesan sebagai ketulan keras di bawah puting dan areola.  Seperti wanita, lelaki juga perlu menjalani pemeriksaan payudara sendiri atau jika tidak pasti boleh dapatkan rawatan doktor pakar.

 

  • Semua benjolan yang ditemui pada payudara adalah kanser.

Jangan risau jika anda mendapati ada bonjolan di bawah payudara. Tidak semua bonjolan itu adalah kanser. Sebab itu terus dapatkan pemeriksaan doktor jika ada tanda-tanda yang meragukan hari-hari anda.

 

 

 

 

Sumber: Drafiqrahim.com 

Featured Image: Readers Digest

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna