Datin Shahida Dedikasi Lagu Selawat Dodoi Anakku Untuk Qayyum Alifshah

Ramai yang sedih dengan berita pemulangan semula anak angkat Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida iaitu Qayyum Alifshah selepas ibu kandungnya mengatakan sebuah video sampai ke tangannya yang menunjukkan kanak lelaki itu didera oleh pembantu rumah pasangan ini.

Berikutan dengan kejadian ini, emosi Datin Shahida sangat terkesan sehingga mengadaptasi sebuah lagu dan video selawat khas untuk anak angkatnya itu.

Video ini telah mendapat lebih dari 125 ribu tontonan umum dalam masa sehari. Seperti biasa, netizen membanjiri ruangan komen pada video tersebut di akaun YouTube. Rata-rata mereka memberi kata-kata nasihat buat Qayyum dan turut mendoakan agar Qayyum menjadi anak yang soleh.

Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen meluahkan perasaan sedih mereka bila memikirkan keadaan Qayyum.

Segala apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Kami doakan, agar Qayyum membesar dengan baik dan sihat dan moga hubungan mereka tidak terputus di sini sahaja.

 

 

Sumber: youtube aliff syukri

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna