Dari Kaca TV Ke Layar Perak, Ejen Ali The Movie Penuh Kejutan Dan Aksi!

Siapa sangka siri animasi popular TV Ejen Ali yang sudah bersiaran selama dua musim kini diangkat dari kaca televisyen ke layar perak atas sambutan hebat daripada penonton yang berjaya meraih lebih dari 2 juta di TV3. Nampaknya pasti peminat setia siri ini tidak sabar-sabar untuk melihat aksi mereka di pawagam.

Apa yang menariknya filem animasi ini juga bukan hanya diminati oleh golongan kanak-kanak malah konflik cerita dan aksi hebat  yang cuba diketengahkan oleh pengarah berjaya menarik perhatian buat para ibu bapa dan juga golongan remaja.

Filem ini mengisahkan tentang Ali yang berusia 12 tahun telah direkrut menjadi perisik untuk sebuah agensi perisikan yang dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan untuk melindungi kota futuristik Cyberjaya daripada ancaman luar. Konflik cerita ini bermula apabila Ali mendapatg tahu bahawa dia bukanlah ejen yang boleh mengawal gajet istimewa iaitu IRIS.

Gajet tersebut telah diubahsuai menjadi IRIS Neo yang dikawal oleh ejen-ejen lain. Disebabkan perkara itu Ali berasa terpinggir kerana wujudnya inovasi terbaru dan melihat kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat. Kejutan bermula apabila dia datangi oleh individu misteri yang mendakwa bahawa dia mengetahui akan kisah silamnya. Sejak itu, pengembaraan baru terdetik untu Ejen Ali demi membongkar kebenaran walaupun kesetiaanya terhadapa MATA bakal teruji.

Image result for ejen ali the movie tiga negara

Sumber: mygameon

Opps  cerita sampai sini sahaja ye. Kalau nak tahu selanjutnya, anda perlu bawa anak-anak ke pawagam pada 28 November 2019 akan datang jangan lupa save the date! Bukan itu sahaja, kali ini Primeworks dan Wau Animation akan melancarkan lagu tema kedua yang bertajuk ‘Kita Jaga Kita” nyanyian artis hip hop tersohor Altimet bersama Cuurley dan Malik Abdullah pada 25 Oktober 2019 di semua platform digital.

Untuk pengetahuan anda, selain Malaysia filem ini bakal ditayangkan serentak di dua buah negara yang lain iaitu Brunei dan Singapura yang pastinya akan merancakkan lagi industri perfileman dan menyokong filem animasi keluaran negara kita. Jangan ketinggalan!

 

 

 

Nak baca artikel yang lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Ehem! Kalau Nak Lagi Best Ajak Suami Berasmara Pada Waktu Pagi

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna