Dapatkan Bulu Mata & Kening Tebal Secara Alami Dengan Tip Mudah Ni

Haih…. cemburunya bila tengok bulu mata dan kening orang lain lebat. Tak payah dah susah-susah nak makeup tebal lepas tu pakai pula bulu mata palsu. Nanti bila buang je makeup terus muka macam hantu hiks! Sebenarnya anda tak perlu pun semua untuk menambahkan lagi kejelitaan pada wajah.

Untuk lebih mudah dan semula jadi apa kata anda cuba guna cara ini bagi mendapatkan bulu mata dan kening yang lebat. Lepas ni tak perlu lagi melabur duit yang banyak untuk solekan bulu mata dan kening kan lebih jimat. Nak tahu caranya, jom lihat di bawah!

Bulu Mata Panjang Dan Melentik

  • Jangan buang maskara yang sudah kering kerana berusnya boleh dipakai dan masih berguna.
  • Nak nampak bulu mata panjang dan tebal gunakan berus maskara yang tidak digunakan untuk dab berus tadi ke dalam mineral loose powder dan sapukan maskara yang sudah diselaputi bedak mata.
  • Untuk kesan lebih cantik, gunakan hujung berus maskara pada bahagian bulu mata bawah.

Related image

Sumber: draus

Petua Lebatkan Bulu Mata

  • Sikat dengan kerap untuk hasil lebih kemas dan lentik.
  • Penjagaan bulu mata yang baik adalah menggunakan minyak seperti minyak zaitun, kelapa, jojoba oil dan minyak castor .
  • Ambil biotin sebagai makanan tambahan iaitu buah avocado, keju, bunga kobis, kacang almond dan kacang tanah.
  • Memang tidak dapat dinafikan telur memiliki protein yang tinggi dan bagus untuk melentik dan bulu mata. Ambik sebiji telur dan campurkan gliserin satu sudu besar makan. Celupkan cotton bud ke dalam campuran tadi dan sapu pada bulu mata.

Image result for bulu kening

Sumber: kashsoorga

Petua Lebatkan Bulu Kening

Lidah Buaya 

Ambil gel dan sapu pada kening, biarkan selama 15 minit. Nutrisi pada lidah buaya akan melebatkan folikel dan dalam masa yang sama ia akan melembutkan bulu mata.

Susu Badam (almond) 

Badam memang sedap dimakan dan amalan menggunakan badam (yang sudah dijadikan susu) dapat menyuburkan kening kerana kehadiran vitamin dan nutrisi pada susu ini. Lakukan untuk beberapa minggu dengan menyapukan susu almond pada kening dan selama dua atau tiga minit.

Bawang Bombay

Sebiji bawang Bombay ditumbuk dengan halus. Tapis airnya dan sapukan pada kening. Biarkan semalaman dan keesokan paginya bilas dengan air. Lakukan petua ini sebelum tidur dan dapatkan hasil yang cepat.

Lepas ni mesti bulu mata anda letops macam Che Ta hiks!

 

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik :

Hangatkan Asmara Di Depan Cermin? Jangan Terkejut Jika Suami Gila Bayang

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: majalahwm 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna