Dapat Peluk Pun Nikmat Ke?

Pelukan bukan sesuatu yang bersifat seksual semata tetapi lebih daripada itu.”

Mengecapi kebahagian dalam perkahwinan idaman setiap pasangan suami isteri. Sebab itu setiap pasangan disarankan untuk berkasih sayang agar hubungan sentiasa mekar kekal selamanya. Selalunya ramai pasangan mempraktikkan ungkapan cinta dalam bentuk komunikasi seperti berbisik manja, bergurau senda dan memanggil pasangan dengan panggilan mesra bagi mengeratkan lagi perhubungan suami isteri. Namun menjadi masalah kepada mereka yang  tidak pandai menggunakan kata-kata bagi menzahirkan rasa cinta atau rindu. Jangan susah hati, cuba lakukan dengan perbuatan. Tahukah anda bahawa pelukan juga boleh membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim? Pelukan bukan sesuatu yang bersifat seksual semata tetapi lebih daripada itu. Kalau sudah berkata-kata pun tidak pandai untuk menyatakan rasa kasih, tak kan lah nak peluk pasangan pun kedekut atau tidak reti juga. Nah! Ini ajaibnya pelukan yang perlu semua pasangan tahu.

Hebatnya Kuasa Pelukan!

via GIPHY

  • Peluklah pasangan seketika sebelum tidur selama 15 minit. Beri pelukan yang erat dan sedikit kucupan manja tanpa diteruskan dengan hubungan seks. Anda juga boleh berbual kosong atau bergosip. Tujuannya agar segala perasaan negatif yang tersimpan dalam hati sepanjang hari dapat dilepaskan dengan memeluk suami atau isteri. Aksi seterusnya terserah kepada anda.

 

via GIPHY

  • Pelukan bukan bermakna mukadimah pada hubungan seks sahaja. Ia juga harus dilihat sebagai hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami dan isteri. Oleh itu, mereka yang berpelukan menandakan hubungan mereka amat rapat dan mempunyai pertalian kasih sayang yang mesra.

 

via GIPHY

  • Pelukan juga akan menyebabkan kelenjar di otak mengeluarkan hormon serotonin dan dopamine yang memberikan rasa tenang dan tenteram. Perbuatan itu juga akan menyebabkan gelombang di otak menjadi lebih tenang, lalu mengurangkan stres dan kerisauan.

 

Sumber Foto: 123rf.com

  • Peluk pasangan ketika mereka sedang marah, letih, menangis, membebel atau sedang dalam ketakutan. Anda boleh lihat apa reaksi atau tindak balas mereka terhadap pelukan tersebut. Percayalah semuanya akan kembali reda dan baik-baik sahaja.

Bagi individu yang mengalami masalah kemurungan, selain memeluk manusia anda juga disarankan untuk  memeluk binatang peliharaan. Ramai pakar psikologi yang mencadangkan kaedah ini kerana ia dikatakan rawatan terbaik untuk jiwa kembali tenang. Menarik sungguh kuasa peluk ini kan?

 

Sumber: merdeka.com

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna