Dapat 15 Ribu ‘Retweet’, Wanita Ini Kongsi Belanja Kahwin Tak Lebih RM5 Ribu!

Jodoh dah jumpa, tarikh dah kena. Tapi tang duit selalu jadi masalah. Yelah, gaji kita ini biasa sahaja. Ambil masa sikit nak buat majlis berpuluh ribu ringgit. Macam-macam usaha dilakukan untuk dapatkan majlis perkahwinan gilang-gemilang yang akan diingati orang ramai.

Namun, seorang pengguna laman Twitter bernama Mader Inaz memberi tip mengenai bajet majlis perkahwinannya yang tidak melebihi RM5 ribu! Murah kan? Perkongsian di laman Twitter ini telah dikongsikan oleh 15 ribu pengguna setakat artikel ini ditulis.

BACA: 5 Batas  Hak Ibu Bapa Selepas Anaknya Berkahwin Yang Ramai Tak Tahu

Bakal pengantin kena selesaikan dulu perkara wajib untuk majlis nikah. Ia termasuklah:

Dokumen

1. HIV test(RM1)

2. Kursus kahwin (RM80-120 depends negeri)

3. Upah Tok Kadi (RM160)

4. Mas kahwin (RM22.50 -JB – ikut negeri juga)

Sumber: Pinterest

Dulang hantaran

Bagi dulang hantaran pula, bakal pengantin boleh DIY sahaja. Boleh jimat duit upah orang. Beberapa bulan sebelum majlis, belajar cara nak buat hantaran. Total RM200. Nak nampak barang macam mahal, letak sahaja kotak. Contoh macam Ipad itu.

BACA: Fasa Perubahan Kehidupan Seorang Wanita Bujang Ke Alam Perkahwinan

Pelamin

Manakala untuk pelamin, ambil saiz mini sahaja. Harganya sekitar RM350. Sekarang ramai tawarkan harga murah. Kena rajin cari.

Kad jemputan

Kalau tak perlu kad jemputan, tak payah buat. Sekarang semua benda hanya atas talian sahaja. Boleh buat e-card sendiri. Edit guna apps Phonto. Dah siap!

Baju pengantin

Boleh sahaja sewa baju yang cantik-cantik untuk majlis pernikahan. Bawah RM200 pun dah dapat. Nak lagi jimat, beli kain dan jahit sendiri.

Katering

Ambil katering dengan bajet jemputan yang sederhana sahaja. Contohnya hanya 200 jemputan sahaja. Satu kepala RM11 sahaja. Baru hangus RM2,200.

Door gift

Beli la yang dekat Shopee, ada sahaja yang murah-murah. Bermacam design ada.

Make up

Belajarlah untuk bersolek sendiri. Kalau nak jimat duit, silalah belajar melalui Youtube selama tempoh beberapa bulan sebelum majlis.

Inai

Nak jimat, belilah inai yang pakai dekat jari sahaja. Beli HennaLine yang memang dari daun sahaja.

Khemah

Kalau dah jemputan setakat 200 orang. Khemah pun tak payah banyak. Ambil dua khemah sahaja pun dah cukup. Satu khemah anggaran RM250-RM400.

Ha, itulah sedikit sebanyak tip yang dikongsikan untuk bakal pengantin. Bila kita buat majlis sederhana dan tak gah mana, mesti akan ada sahaja mulut-mulut mengata yang tak sedap didengar.

Biarlah kita belanja sedikit sahaja untuk majlis perkahwinan kerana apa yang lebih utama ialah kehidupan selepas perkahwinan. Jadi, apalagi, rancanglah perbelanjaan dengan betul tau!

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna