Dalam Rumah Tangga Wajib Amalkan Tip 4D

Ha! Mesti ramai yang terkejut dan kata apalah Donna ni galakkan orang ramai amalkan 4D pula dalam rumah tangga. Eh ni bukan sebarang 4D!

Sebenarnya 4D ni ada istilah lain. Mesti nak tahu kan apa 4D ni? Baiklah, kami kongsikan. Konsep 4D dalam rumah tangga ni Donna tahu selepas menghadiri salah satu khursus perkahwinan di masjid Puncak Alam.

Sumber: google

Dalam majlis tersebut, salah seorang penceramah dari Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor, Ustaz Zulhairi menekankan bila sudah berumah tangga setiap pasangan suami isteri haruslah mengamalkan 4D iaitu disayangi, dicintai, dihargai dan dibelai.

Dicintai

Perasaan dicintai dapat diluahkan melalui kata-kata dan perlakuan ketika ‘bersama’ dengan pasangan. Misalnya, atas katil sebelum tidur ungkapkan kata-kata romantis yang diselitkan dengan gurauan manja. Kan nyenyak tidur nanti.

via GIPHY

Disayangi

Semua wanita ingin disayangi, begitu juga si suami. Walaupun sudah berumah tangga, kadang-kala rasa ego untuk meluahkan rasa sayang tu sangat tinggi. Cara mudah untuk meluahkan rasa sayang adalah hormat. Misalnya, tidak meninggi suara, tegur dengan bahasa yang elok, sebelum pergi kerja peluk atau salam dan sebagainya.

via GIPHY

Dihargai

Bila sudah dicintai, disayangi pastinya rasa ingin dihargai. Melalui apa? Pemberian hadiah yang ringkas dan penuh makna, setia bersama di saat susah, mengucapkan terima kasih dan senang, masak hidangan yang special atau berkomunikasi tidak menggunakan kata-kata kesat atau kasar. Sebaiknya, menggunakan panggilan manja.

via GIPHY

Dibelai

Bila dah meluahkan perasaan hati melalui lisan. Luahkan pula dengan perbuatan. Tak semestinya bercumbu atau berpelukkan je tapi belaian dengan cara mengurut selepas pasangan pulang dari kerja, usap kepala ketika menonton televisyen bersama atau bersuap-suap ketika makan berdua.

via GIPHY

Sekarang dah jelas kan apa 4D tu? Mulai hari ini praktikkan ye? Kalau tak, hambarlah sesebuah perkahwinan tu. Jadi, sama-sama harus memberi dan tunjuk rasa kasih sayang setiap hari kerana tak dapat dinafikan lelaki dan perempuan inginkan kesemua 4D ni. Semoga rumah tangga anda kekal bahagia. Bye!

Untuk bacaan artikel lebih menarik, anda boleh klik senarai artikel di sini: Ini Rahsia Wanita Jepun Kekal ‘Slim’ Dan Muda Dari Usia Sebenar , Perlu Ke Cium Pasangan Setiap Hari?

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna