Dalam & Luar Rumah Ada Serangga Perosak? Ikut Cara Ini

Ei! Rumah aku ni banyak betul dengan nyamuk, lalat, lipas. Tu belum lagi dekat luar tikus lari berkeliaran!”

Umum sudah mengetahui bahawa serangga perosak ialah organisma hidup yang mendatangkan kemudaratan dan kemusnahan kepada manusia. Antara contoh serangga perosak ialah cicak, tikus, lalat, langau, lipas, anai-anai, pepijat dan lain-lain lagi.

Namun, untuk menghalau serangga perosak ini bukan perkara yang mudah. Perlukan masa berminggu-minggu. Lebih-lebih lagi pepijat, selagi dia ada selagi itu dia hisap darah kita untuk hidup! Badan pun mula jadi gatal dengan kesan gigit pepijat.

Oleh itu, Donna mempunyai beberapa panduan yang boleh diguna pakai untuk menghalau serangga ini dari masuk dalam rumah anda. Panduannya adalah…

Anai-anai

Sumber: terminix

Anai-anai adalah sejenis serangga perosak bersaiz kecil yang membuat sarang dalam kayu atau tanah. Tetapi, selalunya kayu-kayu yang sudah ditinggal lama akan sering dirosakkan oleh serangga ini kerana itulah makanan utamanya.

Selain kayu, anai-anai juga boleh menjadi ‘agen’ perosak kepada barangan lain seperti pakaian dan serangga ini paling ditakuti oleh semua orang. Untuk membunuh anai-anai mudah saja, semburkan air kapur sirih di mana anai-anai berada dan serangga tersebut akan mati kerana kepanasan.

Pepijat

Sumber: dasabdulglobal

Pepijat ni umpama kelawar yg hobinya adalah menghisap darah! Bayangkan, ketika pepijat sedang menghisap darah anda, binatang ni akan mengalirkan cecair yang mana membuatkan anda tidak sedar atau perasan darah anda sedang dihisap. Lalu, kulit anda akan menjadi gatal sehingga menjadi kudis. Amat mengerikan!

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, letakkan kulit durian atau bunga pandan di kawasan pepijat hidup kerana bau dari 2 bahan ini mampu mematikan pepijat yang menghidu baunya.

Lalat

Sumber: warta kota

Lalat mempunyai pelbagai jenis tetapi yang sering kita lihat adalah lalat rumah yang boleh didapati di dalam dan sekeliling rumah, samada di kampung-kampung atau di bandar-bandar di mana taraf kebersihanya rendah.

Untuk mengurangkan spesis lalat hidup di sekeliling anda, pastikan kawasan rumah anda bersih daripada sisa makanan dan hiris daun pandan menjadi potongan kecil, letakkan pada bahagian yang sering lalat hinggap.

Lipas

Salah satu cara yang kita perlu lakukan untuk menghalang lipas masuk ke dalam rumah kita ialah memastikan kediaman sentiasa bersih dari sampah sarap kerana, serangga ini amat menggemari kawasan yang kotor, gelap dan lembap.

Selain itu, letakkan hirisan lemon di dalam kabinet yang sering menjadi tempat persinggahan lipas.

Semut

Sumber: pexels

Dari segi saiz, semut kelihatan sangat tidak mampu menggugat kehidupan mana-mana haiwan apatah lagi manusia. Namun, haiwan kecil ini mempunyai kelebihan tersendiri yang mampu menyebabkan makhluk lain hidup dalam ketakutan.

Sebelum memberi ketakutan dalam hidup anda, caranya adalah taburkan serbuk kopi di kawasan yang sering didatangi semut dan sentiasa elakkan bahan manis tertumpah di mana-mana.

Nyamuk

Sumber: pexels

Untuk pengetahuan anda, nyamuk betina saja yang akan menghisap darah dan darah anda bukan sumber makanannya. Sebaliknya, nyamuk betina menghisap darah anda untuk mendapatkan protein bagi mengekalkan kesuburannya. Tapi, badan kita pula gatal selepas digigit nyamuk! Alahai…

Untuk mengelakkan daripada digigit nyamuk, letakkan kulit limau pada tempat di mana anda mahu nyamuk tiada. Donna yakin, tak akan ada nyamuk akan datang di kawasan situ.

Donna harap perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada anda semua!

Sumber: Facebook

Tags: ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna