Dalam Gambar Nampak Kurus, Depan-Depan ‘Chubby’ Rupanya…

‘Ambil gambar tu bagi nampak kurus ya!” Itu perkataan wajib yang seringkali diucapkan oleh wanita terutamanya kepada si jurufoto.”

Pernah juga terdengar banyak soseh-soseh daripada rakan jurugambar samada profesional atau amatur yang bosan dan jelik dengan permintaan tersebut. Kata mereka, redha saja lah dengan bentuk tubuh yang dimiliki. Tapi bagi pendapat penulis, jika jurugambar tersebut bagus, dia akan tahu bagaimana cara untuk mengambil gambar yang cantik menggunakan beberapa trik posisi yang boleh membuatkan seseorang itu kelihatan ‘elok’ di dalam gambar.  Pernahkah anda terfikir, bagaimana selebriti dan model boleh kelihatan begitu menawan, anggun dan kurus di dalam gambar walaupun bersaiz besar? Begitu juga dengan rakan-rakan anda yang sudah lama tidak berjumpa. Apabila melihat fotonya di sosial media kelihatan sangat kurus dan cantik. Kemudian, apabila berjumpa secara langsung atau berdepan rupanya si dia sudah berbadan gempal. Hmm.. itu semua teknik bergambar yang bijak digunakan. Di sini kami kongsikan beberapa tip yang satu dunia gunakan untuk anda praktikkan supaya anda juga bakal menyerlah, cantik dan nampak langsing di dalam gambar.

via GIPHY

 

Duduk Dalam Posisi Tegak

Sumber Foto: brightside.me

Untuk mengelak perut kelihatan berlapis, duduklah dengan tegak. Tahan nafas seketika. Hendak cantik dalam gambar memang perlukan sedikit pengorbanan dilakukan tau.

 

Kenal Pasti Sisi Muka Menarik

Sumber Foto: brightside.me

Setiap individu mempunyai sisi wajah yang sempurna. Anda sendiri boleh tentukan bahagian kanan atau kiri muka, yang mana satu lebih menarik untuk ditonjolkan. Jika anda rasa kedua-dua belah kanan dan kiri, mana-mana pun sempurna, jadi taniahlah. Anda sememangnya sangat cantik la tu. Manfaatkan sisi sempurna anda. Sengetkan sedikit kepala untuk menghasilkan foto yang lebih menarik dan lemak di bawah dagu sedikit tersorok.

 

Jarakkan Peha

Sumber Foto: brightside.me

Jika mengambil gambar penuh, jarakkan sedikit belahan kaki bagi mewujudkan ruang antara satu peha dengan peha yang satu lagi. Kalau tidak nampak peha seperti penuh di dalam gambar.

 

Tinggikan Dagu

Sumber Foto: brightside.me

Jika mempunyai dagu berlapis, tegakkan kedudukan kepala supaya lemak di dagu tidak kelihatan jelas. Pastikan lensa kamera berada selari dengan paras mata. Sekiranya lensa kamera berada di bawah paras mata, anda akan kelihatan gemuk di dalam gambar.

 

Silangkan Kaki

Sumber Foto: brightside.me

Untuk kelihatan kaki lebih panjang dan kecik, silangkan kaki anda. Ini teknik yang seringkali dipraktikan oleh ramai artis. Sengetkan sedikit badan anda, letakkan tangan di pinggul. Anda akan tampak lebih tinggi dan kurus dengan posisi ini.

 

Silang Kaki Arah Sisi

Sumber Foto: brightside.me

Nak kelihatan lebih langsing? Bergambarlah dari sisi supaya kamera boleh fokus pada garisan badan yang lebih tinggi apabila anda berpaling sebegitu rupa. Dalam masa yang sama jengkek sedikit kaki bahagian luar agar pinggul kelihatan sambil tangan dibengkokan memegang sisi pinggul.

 

Bengkokan Tangan

Sumber Foto: brightside.me

Bergambar sambil tangan berada pada posisi ini supaya lengan tidak kelihatan sebesar seperti muka anda.

 

Posing Membelakang

Sumber Foto: brightside.me

Jika bahagian depan tidak kelihatan menarik atau buncit, badan anda boleh membelakangkan kamera, dan kepala anda toleh kebelakang. Umpama anda sedang berjalan, dan ada yang memanggil dari belakang. Jadi toleh dan senyum. Wow..mengancam!

 

Duduk Mengiring

Sumber Foto: brightside.me

Duduk saja buat gambar kelihatan bosan seperti mengambil gambar passport. Cuba duduk mengiringkan sedikit. Jika mempunyai perut yang buncit pasti dapat disorok.

 

Senyuman Anda

Sumber Foto: brightside.me

Setiap orang mempunyai daya tarikan tersendiri ketika tersenyum. Ada yang kelihatan menawan dengan senyuman yang menampakkan sedikit gigi, ada yang kelihatan comel bila tersenyum lebar dan ada pula yang nampak lebih seksi dengan senyuman kecil yang boleh memberikan unsur misteri kepada wajah. Mahirkan senyuman yang menggambarkan identiti anda. Jangan terikut gaya senyuman orang lain kerana bentuk muka dan bibir setiap individu adalah berlainan.

 

Selamat mencuba! Jangan lupa tag kami gambar anda yang nampak kurus dan anggun itu ya.

 

Sumber: rd.com soyalemon

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna