Dah Zaman Millenial Ni, Barang Hantaran Kena La ‘Style’ Urban Sikit

Hantaran adalah satu pemberian barang keperluan kepada pasangan kita. Contohnya, pengantin perempuan beri pengantin lelaki baju kemeja, sepasang kasut, seluar slack atau tali pinggang. Pengantin lelaki pula beri pengantin perempuan, sepasang telekung, set wangian atau barang-barang keperluan yang lain.

Tapi, ada sesetengah golongan masyarakat melayu pula lebih menekankan barang hantaran dalam bentuk makanan seperti buah-buahan, manisan, sirih junjung, kek, agar-agar bercorak dan lain-lain lagi. Iyalah, barang hantaran ni cuma adat melayu jadi ia akan berubah mengikut kehendak manusia. Tiada dalam garis panduan Islam.

Sumber: pelamin2u

Maknanya, nak bagi barang hantaran pun boleh, tak nak bagi pun boleh. Tak salah cuma biasalah masyarakat melayu dibesarkan dengan adat melayu sampaikan benda yang tak wajib pun kena adakan juga.

Tak apa, sekarang ni kita dah dalam zaman millenial. Zaman ekonomi turun naik jadi barang hantaran tu kita ubah style lain sikit. Style yang memudahkan kehidupan kita dan pasangan selepas mendirikan rumah tangga.

Ha, barang hantaran apa tu?

Bahan asas masakan

Masakan kalau tak lengkap kalau tak ada penambah perisa, gula dan garam. Beli 2kg gula, sekilo garam dan sebungkus penambah perisa. Letak dalam satu dulang. Lepas kahwin, boleh guna masak untuk suami. Betul tak?

Peralatan masakan

Memandangkan bahan masakan dah ada, alang-alang tu letak sekali peralatan masakan letak je kepelbagaian. Pisau, gunting, sudu, senduk, sudip. Ya, nampak lucu tapi cuba fikirkan semula, barang ni semua anda guna selepas kahwin. Tak membazir pun.

Set mandian

Selain daripada peralaran dan bahan asas masakan, barang hantaran juga boleh dalam bentuk sabun, berus gigi, pencuci muka, ubat gigi. Daripada bagi siruh junjung, takkan nak kunyah sirih? Turn off nanti malam pertama, lebih baik bagi barang mandian, bolehlah wangi-wangi sikit dengan shuben, ihiks!

Set wangian

Minyak wangi atau losyen sudah menjadi aksesori utama bila keluar dari rumah. Rasa diri tak lengkap kalau tak dua elemen ni. Ha, bagi je minyak wangi dengan losyen kegemaran pasangan.

Pakaian

Pakaian ni ikut kehendak masing-masing. Kalau ada pasangan yang inginkan memberi hantaran dalam bentuk pakaian dalam, tak menjadi masalah. Kalau nak beri pakaian kerja, tudung, kemeja, seluar atau pakaian yang boleh digunakan selepas kahwin pun tak menjadi masalah. Ikut kemampuan dan kehendak masing-masing.

Barangan solat

Dalam perkahwinan, wajib ada tiang agama. Tak ada tiang, habislah roboh sebuah rumah tangga. Barangan solat seperti rehal, muqadam, al-quran, telekung, songkok atau kopiah boleh diletakkan dalam senarai barang hantaran. Nanti lepas solat, baca Al-Quran bersama-sama dengan pasangan. Kan sweet tu!

Dengan pemberian barang hantaran ni, nanti lepas kahwin tak perlu pening kepala dah nak fikir ada barang rumah tak beli lagi sebab sebelum kahwin lagi, anda dah jimat dengan membeli barang keperluan anda dan pasangan.

Pedulikan kata-kata nista makcik bawang dok complain set barang hantaran tak ikut adat melayu. Nama pun adat, tak perlu nak membebankan diri untuk puaskan hati makcik bawang. Beli barang mengikut kemampuan sendiri. Kalau tak cukup duit nak beli barang hantaran, tak perlu pun sediakan. Yang penting, akad nikah!

Tip: Nak tutup mulut makcik bawang, buat konsep set hantaran hidden hantaran. Senang! Biar mereka tak tahu apa isi dalam tu, kalau anda letak surat khabar sebagai pemberat pun tak jadi masalah sebab orang tak nampak.

Cantikkan? Semoga majlis resepsi bakal pengantin berjalan lancar.

 

 

 

Untuk bacaan menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pedulikan Makcik Bawang, Nikah Tanpa Majlis Resepsi ‘Why Not’? ,

Tun M Mengaku Kuat Merajuk Dan Kongsi Rahsia Bahagia Bersama Isteri

 

 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna