Dah Terlambat? Gayakan Wajah Anda Dengan Solekan 10 Minit Ini

Ya Allah! Dah terlambat ni. Kalau nak make up lagi lambat la aku bersiap! Tapi kalau tak make up tak cantik. Macam mana ni?”

Perkara ini selalu terjadi dalam kalangan wanita. Lebih-lebih lagi kalau terbangun lambat, lagilah kelam-kabut dibuatnya. Bila dah lambat, habislah penampilan pun jadi tak kemas.

Kadang-kala, faktor tanggungjawab sekeliling yang buat wanita lambat bersiap, bukan punca dari bangun lambat pun. Biasalah wanita yang mempunyai anak-anak kecil, apabila nak keluar tu, mana nak uruskan anak, kemas rumah lagi, sampai diri sendiri pun bersiap sekadar siap.

Jadi, artikel kali ini akan memberi anda tip solekan pada wajah anda hanya 10 minit saja tapi hasilnya tetap cantik!

Langkah 1

Kepada yang menitik berat tentang solekan pada wajah, mereka pasti merasakan tidak lengkap jika tidak menata rias di bahagian kening. Jadi, ini teknik yang mudah untuk dapatkan lukisan kening yang ‘on point’ walaupun sudah lambat untuk tiba ke destinasi.

Langkah 2

Mengenakan foundation atau bedak asas pada wajah adalah untuk menutup segala cela atau jerawat di bahagian muka. Jadi, ia adalah bahan solekan yang sangat penting dan anda boleh mengenakan pada wajah anda walaupun anda sudah terlewat!

Langkah 3

Seperti biasa, selepas mengenakan foundation pada wajah, bedak adalah salah satu bahan solekan yang wajib untuk wajah tampak kelihatan flawless. Malah, fungsi bedak juga untuk menutup liang-liang pori serta tahan lebih lama.

Langkah 4

Eyeliner adalah berfungsi dalam menegaskan garisan bentuk mata serta mengaburkan garisan-garisan mata. Walau bagaimanapun, pemakaian eyeliner sangat sukar jika tidak di lukis dengan betul sehinggakan memerlukan soletape untuk mendapatikan garisan yang on-point. Tetapi, ada cara yang mudah untuk pemakaian eyeliner jika anda sudah lambat.

Langkah 5

Maskara adalah sejenis kosmetik yang berupa cecair pekat warna hitam. Fungsinya adalah digunakan untuk menyikat bulu mata agar sisa cecair hitam tadi meyelaputi keseluruhan helaian bulu mata seterusnya menjadikan bulu mata kelihatan panjang, bertambah melentik dan tebal.

Langkah 6

Akhir sekali, mengenakan blusher pada kedua blah pipi untuk menampakkan lebih seri pada wajah. Mudah saja, hanya seminit saja! Usapkan begitu saja pada pipi. Siap!

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna