“Dah Tak Sabar Nak Jumpa Malaikat Maut Ke?” PKP Fasa 3, Makin Ramai Keluar Rumah

Ladies, arahan untuk duduk rumah bukanlah diberikan saja-saja oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kita sekarang berperang dengan musuh yang tidak nampak dan sangat berbahaya sehingga mengorbankan jutaan nyawa seluruh dunia. Dengan duduk di rumah, kita sedang berusaha untuk memutuskan rantaian penularan COVID-19.

Ketika para petugas barisan hadapan sedang bertungkus lumus di hospital sehingga ada yang terpaksa meninggalkan keluarga dan anak-anak untuk berbakti kepada negara. Masih ramai juga yang buat kepala sendiri dengan ingkar arahan PKP ini. Memang pentingkan diri sendiri.

Sumber: Twitter Azrul

Ia dibuktikan dengan laporan peningkatan jumlah kenderaan atas jalan raya dan mereka yang ingkar arahan PKP. Mungkin mereka tak takut dengan dengan denda RM1,000 yang dikeluarkan polis.

Kini, pihak polis tampil lebih brutal. Yes, sebab kedegilan rakyat Malaysia ini semakin menjadi-jadi,  Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan untuk tidak lagi kenakan kompaun, sebaliknya reman terus dan bawa mereka ke mahkamah.

“Kita telah bersetuju bahawa polis mulai esok tidak lagi beri tumpuan kepada kompaun, sebaliknya, sesiapa yang ditahan akan direman atau dihadapkan ke mahkamah, dan biarlah mahkamah putuskan hukuman lebih berat,” katanya dalam sidang media harian COVID-19 di Putrajaya hari ini.

1,374 individu telah ditahan semalam kerana ingkar PKP, merangkumi 931 individu dikenakan kompaun RM1,000, 418 individu direman dan 25 individu telah dijamin polis.

Selain itu sebuah akaun Twitter melaporkan keadaan sekitar IOI Puching yang sesak dengan jumlah kereta.

Ia kemudian mengundang kemarahan netizen. Ada yang cakap mereka yang ingkar PKP ini dah tak sabar nak tunggu berjumpa malaikat maut agaknya. Opps!

Jangan keluar rumah melainkan jika anda benar-benar mempunyai urusan penting contohnya macam anak anda sakit.

Duduk di rumah memang susah untuk segelintir orang. Namun, itulah cara paling berkesan untuk memutuskan rantaian. Jangan ingkar arahan, kita mesti menang!

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna