Dah Sampai Istanbul? Ini 10 Buah Masjid Paling Indah Yang Wajib Anda Lawati

Memang tidak dapat dinafikan Turki merupakan antara negara terkenal dan megah dengan keindahan tempat bersejarah serta bangunan ikonik yang berperanan sebagai fungsi perkembangan agama Islam. Salah satu bukti adalah binaan masjid yang terdapat di sana, bagi para musafir di Istanbul mungkin ini peluang anda untuk merasai sendiri pengalaman solat di masjid yang penuh dengan bersejarah.

Keep scrolling di bawah kalau nak tengok senarai masjid indah yang ada di Istanbul!

Image result for blue mosque istanbul

      Sumber: tripadvisor 

Blue Mosque

Pernah dengar tentang masjid Biru? Haa untuk pengetahuan anda bangunan megah yang berada di Istanbul salah satunya adalah Masjid Sultan Ahmed yang berfungsi sebagai kemudahan tempat beribadah untuk masyarakat Islam.
Apa yang menariknya, masjid ini menggabungkan elemen kesenian Islam dan Kristen Bizantium untuk mewujudkan masjid yang megah dan lain daripada yang lain.

Suleymaniye Camii

Masjid ini lebih dikenali sebagai Masjid Suleyman the Magnificient, selain Hagia Sophia dan Sultan Ahmed ia merupakan salah satu masjid termegah di Turki. Sama seperti masjid besar yang lain ia dilengkapi dengan kemudahan seperti perpustakaan, dapur serta rumah untuk perubatan bagi golongan yang tidak berkemampuan dan masyarakat yang lain.

Image result for masjid fatih istanbul

 Sumber: Istanbul

Fatih Camii

Untuk pengetahuan anda, pada tahun 1766 masjid ini pernah mengalami kerosakan akibat gempa bumi. Bagi yang berkunjung ke sini, jangan lupa untuk melihat wasiat penting dari Sang Penakluk Konstantinopel, yang berkait dengan pewakafan masjid Al Fatih.

Rustem Pasa Camii

Walaupun ukuran tidak terlalu besar, interior dalamanya pasti membuatkan anda berasa kagum kerana ia dihiasi oleh seramik yang indah khas didatangi dari Iznik. Iznik adalah sebuah kawasan di Turki yang banyak menghasilkan seramik-seramik terbaik setanding dengan kualitinya.

Image result for büyük çamlıca camii

Sumber: camlica

Buyuk Camlica Camii

Percaya tak bahawa masjid ini mampu memuatkan sebanyak 63 000 jemaah dalam satu masa? Ia adalah masjid terbesar di Turki yang telah dirasmi pada hari Jumaat dan turut dihadiri Presiden Recep Tayyip Erdogan. Dari jauh lagi, anda akan nampak masjid Camlica ini tersergam indah di Kota Istanbul ketika waktu malam.

Nuruosmaniye Camii

Ia adalah sebuah masjid Uthmaniyyah yang terletak di kawasan kejiranan daerah Fatih di Istanbul. Masjid ini terletak berhampiran dengan pintu masuk ke Grand Bazaar dan ia dianggap salah satu contoh terhalus masjid dalam gaya Baroque Uthmaniyah.

Image result for masjid eyup sultan istanbul

Sumber: kubah

Eyupsultan Camii

Masjid Eyup merupakan salah satu masjid tertua di Republik Turki dan pembangunannya dicipta sebagai tanda penghormatan kepada sahabat Rasulullah iaitu Ayub Al-Anshari.

Ortakoy Camii

Sekali pandang, indahnya ciptaan tuhan! Masjid Ortakoy ini adalah salah satu masjid bersejarah yang mempunyai nama rasmi iaitu Buyuk Mecidiye Camii tetapi kerana lokasinya yang berdekatan dengan pelantaran Ortakoy disebabkan itu ia lebih dikenali sebagai masjid Ortakoy.

Image result for masjid beyazit

Sumber: istanbul

Beyazit Camii

Bagi meghormati Sultan yang bergelar Yeldrim kerana kecekapan berperang, masjid ini dibangun dan mula dibina pada 1501 dan siap sepenuhnya pada 1506. Diilhamkan daripada artikel daripada Istanbul Turki iaitu Yakub Sah bin Sultan Sah, keindahan binaan yang dicipta amat terperinci membuatkan ia lebih indah dan cantik.

Yeni Camii

Kalau datang ke Turki, rugi jika anda tidak mengunjungi Yeni Valide di Istanbul. Binaan menara masjid ini menjulang ke langit dengan atapnya yang berbentuk runcing seperti anak panah yang terbang membelah langit.

Kesemua masjid bukanlah berada dalam lokasi yang sama, jadi anda boleh pilih mana-mana masjid yang berdekatan dan bersesuaian dengan anda bagi memudahkan perjalanan ketika berada di sana.

 

 

Nak tahu artikel yang lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Rezeki Dapat Main Salji Walaupun Bukan Pada Musim Sejuk Di Mount Buller Melbourne

 

 

Sumber: discoverturki

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna