Dah Melantak Macam-Macam Waktu Raya, Ini 3 Benda Kena Buat Nak Diet Balik!

Nak turunkan berat badan bukanlah benda yang mudah. Nak lagi kalau kita dah ‘bantai’ makan macam-macam waktu hari raya. Tambahan pula bila ada banyak masa dekat rumah, mulut kita pun tak habis mengunyah.

Jadi, bawa-bawalah bertaubat. Lepas raya ini dah boleh perlahan-lahan untuk set dalam kepala nak turunkan berat badan. Jangan risau, diet tak bermakna semua makanan adalah musuh. Mulut kita masih boleh mengunyah namun ada tip yang betul.

Mengikut kepada ahli terapi Dr. Heather McKee, ada tiga benda yang kita semua kena perhatikan untuk menurunkan berat badan. Baca sampai habis tau.

BACA: Cabaran Diet Ramadan Tanpa Nasi! #Bodygoals2020

via GIPHY

Kawal portion

Menurut penelitian, 80 peratus akan gagal di tahun pertama diet mereka. Sebab nak kurus punya fasal, semua benda tak dimakan. Hasilnya, diri sendiri stres dan mula balik makan benda merepek. Jadi lepas ini tak payah beriya makan sayuran sahaja sampai mendera diri. Cuma, kawal jumlah portion setiap makanan yang anda ambil.

via GIPHY

Berhenti timbang  berat

Timbang berat badan banyak kali pun adalah satu perbuatan yang boleh buat anda kecewa.  Berhentilah timbang berat setiap hari. Ini kerana anda akan rasa sangat tertekan setiap kali angka di alat penimbang  tidak turun. Lepas itu mulalah putus asa.

BACA: Bila Diet Tu Jangan Langsung Tak Makan, Kena Tahu Tanda Perut Minta Diisi

via GIPHY

Berhenti buat benda yang menyiksa diri

Ada juga yang hanya minum jus detox waktu diet. Jangan siksa diri sampai macam ini tau. Anda hanya kena bersenam dan makan secara teratur. Benda macam ini akan buat diet anda lebih berhasil.

via GIPHY

Jadi, begitulah antara benda yang anda pantang buat bila dah mula diet. Ala, mula-mula memang la susah. Lama-lama anda akan terbiasa tau. Selamat mencuba.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Kompas

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna