Dah Makan Tapi Lapar Lagi, Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu

” Kau ni asyik makan je aku tengok, ada bela saka ke”

Orang cakap kalau stres je makan, tapi ada juga bila saat tengah bahagia membuak-buak rasa nafsu makan. Kadang-kadang dalam rutin seharian tanpa sedar anda telah makan secara berlebihan malah lebih banyak daripada biasa. Bukan apa, bila duduk dekat office ada je yang bawa makanan dan ajak makan, anda pun apa lagi laju je terima pelawaan mereka hiks!

Pernah tak anda mengalami situasi dimana pada satu masa sekeping roti pun tidak boleh habiskan dalam satu masa untuk mengatasi desakan atau keinginan, tetapi kalau ada satu tahap bila anda berasa tertekan dan stres mungkin satu bungkus roti pun anda boleh menghabiskan ia dan berasa tidak puas lagi.

Image result for makan stress

Sumber: lunaria

Elak Makan Ketika Stres!

Menurut Nur Hafizah seorang pegawai dietetik, ada dua sebab mengapa anda akan berasa lapar ketika stres iaitu apabila badan anda menghasilkan hormon kortisol dan insulin untuk menyediakan badan bagi berhadapan dengan stress. Anda perlu mengelakkan diri daripada mencari makanan saat anda berasa tertekan kerana makan berlebihan akan menyebabkan obesiti terutama buat golongan wanita.

Image result for women exercise

Sumber: that sister 

Tip Hindari Stres Melalui Pemakanan Dan Gaya Hidup

  • Instead of grab your food or drink, why not anda berjalan seketika dan jangan duduk di tempat yang boleh membuatkan anda stress. Lakukan senaman ringan.
  • Elak untuk menyimpan snek atau sebarang makanan ringan di rumah, atau di pejabat untuk hindar diri daripada makan secara berlebihan.
  • Lebih baik jika anda dapat melakukan senaman secara konsisten sepanjang minggu.

Nak sihat kena stop amalan suka mengunyah dan menghirup sesuatu yang manis, sekali sekala tu boleh nanti mengidam pula. Lebih baik anda luangkan masa dengan membaca buku atau baca je artikel menarik di website Donna, mesti hilang stres tu!

Haa untuk artikel yang lebih bermanfaat, anda boleh klik link di sini :

Setiap Ciuman Suami Ada Maksud Tersirat Yang Anda Patut Tahu

 

 

 

Sumber: hmetro

 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna