Dah Kering Sangat Idea Nak Makan Apa, Cuba Masak Nasi Beriani!

Simptom-simptom bila para wanita memasak hari-hari, pasti ada satu masa tu sampai idea kering tak tahu nak masak apa. Lebih-lebih lagi bila musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), segala channel Youtube tentang masakan dah digodek untuk mencuba.

Kami juga yakin, kebanyakan hidangan yang anda cuba tu mesti lauk-pauk dan kuih muih. Ha, apa kata kali ni kita cuba pula resipi hidangan nasi, Nasi Beriani. Bayangkan kalau makan dengan ayam merah, jelatah dan papadom. Fuh! Mereciks habis sis!

Sumber: thevocket

Bila kami dah bagi cadangan tu, mestilah kami kongsikan resipi cara kami masak Nasi Beriani. Cuma, kalau you girls nak tambah bahan lain yang lebih memberi selera dalam hidangan. Silakan! Tak salah pun.

Jom tengok resipi Nasi Beriani cara Donna!

Bahan-bahan

  1. Minyak sapi 2 sudu besar.
  2. Beras Basmati 2 cawan.
  3. Air putih 2 cawan.
  4. Ayam separuh.
  5. Gajus segenggam.
  6. Kismis segenggam.
  7. Daun bay.
  8. Daun ketunbar.
  9. Bawang goreng.
  10. Susu cair secawan.
  11. Bawang merah 3 biji yang sudah dihiris.
  12. Bawang putih 3 ulas yang yang sudah diketuk.
  13. Kulit kayu manis, buah pegaga, cengkih dan bunga lawang.
  14. Rempah beriani 2 sudu besar yang dah dicampur dengan air.
  15. Garam secukup rasa.

Cara penyediaan

  1. Cairkan minyak sapi, masukkan bawang. Goreng sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah beriani, kulit kayu manis, buah pegaga, cengkih dan bunga lawang. Kacau sehingga pecah minyak.
  3. Masukkn air dan garam. Biarkan sehingga air mendidih.
  4. Masukkan ayam dan tutup untuk mempercepatkan proses masak. Biarkan isi ayam sehingga lembut.
  5. Masukkan susu cair, daun bay, beras, pewarna, gajus, kismis dan gaulkan sehingga sebati.
  6. Masak nasi sehingga masak.
  7. Gaulkan sehingga harmoni.
  8. Taburkan bawang goreng dan daun ketumbar.
  9. Hidangkan!

Tara! Siap dah. Memang agak leceh tapi percayalah, kesusahan menyediakan Nasi Beriani ni pasti akan terbayar ketika anda merasai keenakkan air tangan sendiri.

Tip: Tak ada Daun Bay, boleh gantikan dengan daun pandan.

Selamat mencuba!

Kalau nak lebih mudah, klik je di sini untuk dapatkan set Nasi Beriani di Superdeals!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Padu! Resepi Nasi Dagang Terengganu Asli Bersama Gulai Ikan Tongkol

Betul Ke Nasi Yang Dipanaskan Penyebab Keracunan Makanan?

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna