Dah Jadi Menantu Jangan Buat Kepala Sendiri, Baru Lah Mertua Sayang!

Bila dah jadi menantu, kena pandai bawa diri barulah keluarga mertua sayang”

Sebut sahaja tentang mertua mungkin ia perkara yang paling ditakuti oleh sesetengah wanita yang baru sahaja berkahwin. Ia bukan hanya untuk keselesaan diri tapi hubungan dengan mertua perlu dijaga untuk membantu anda menjaga hubungan sebagai suami isteri. Anda perlu tahu ikatan dengan keluarga mertua mempunyai pengaruh besar bagi mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga.

Walaupun tidak duduk sebumbung atau hanya melawat seminggu sekali, tetapi bila anda sudah bergelar menantu penting untuk anda menjaga mereka dan mengambil hati seperti keluarga sendiri. Kalau bab selesa, mana mungkin anda akan berasa selesa seperti bersama dengan keluarga kandung anda.

 Image result for husband and wife"

Sumber: indian

Didikan Tidak Sama

Anda perlu tahu bahawa setiap pasangan dibesarkan dengan didikan, situasi dan persekitaran yang berbeza. Tidak kira sama ada suami mahupun isteri masing-masing perlu faham dan sedar anda tidak boleh bawa sifat dan perangai yang sama ke dalam hubungan dengan mertua.

Rumah Orang Tak Sama Peraturannya

Sebagai contoh, bagi kaum wanita kebiasaanya kalau di rumah sendiri anda boleh bangun lambat atau nak rehat lama-lama tetapi tidak jika di rumah mertua. Ini kerana, anda perlu tahu apabila anda bersama keluarga mertua ada banyak mata memerhati dengan setiap pergerakan anda. Kadang-kadang nampak seperti perkara remeh dan kecil tapi ia boleh mengundang masalah jika anda tidak mengambil berat.

Sebuah perkahwinan bukanlah dibentuk kerana cinta semata-mata, bila dah jadi pasangan orang dan bergelar menantu maka anda harus bersikap lebih terbuka untuk menerima teguran dan belajar mengatasi kekurangan. Jangan sesekali anda wujudkan penghalang dalam diri sehingga tidak boleh ditegur dan harus pandai bawa diri apabila masuk sahaja ke dalam keluarga baru iaitu mertua.

 

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh, klik link di sini :

4 Perkara Untuk Hangatkan Lagi Sesi Bulan Madu Anda Bersama Pasangan, Jom Cuba!

 

 

 

 

Sumber: baituljannah 

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna