“Dah Enjoy Travel, Kenapa Nak Bagi Kuarantin Di Hotel Mewah?” -Ini Jawapan Menteri!

Netizen di laman sosial nampaknya tidak berpuas hati dengan status Twitter yang dimuat naik oleh seorang pramugari yang baru bulan dari New Zealand. Mana tidaknya, sebelum ini dia didapati mengkritik pusat kuarantin yang dikatakan macam penjara.

Setelah pulang, dia mulalah update di laman sosial betapa mewahnya pusah kuarantin selama 14 hari itu sebuah hotel mewah di Petaling Jaya. Isu itu kemudian menjadi kontroversi. Kenapa ada yang duduk hotel mewah dan ada yang duduk motel biasa? Biased ke?

Sumber: Oh Bulan

Menjawab mengenai isu itu, Menteri Kanan dalam satu sidang media mendedahkan pembiayaan kerajaan adalah serata untuk semua bilik iaitu terhad kepada RM150 sehari termasuk makan dan minum. Selebihnya dibayar sendiri oleh individu.

Sumber: Oh Bulan

Ketika menjawab mengapa wujudnya hotel bertaraf empat dan lima bintang, Datuk Seri Ismail Sabri menjawab mereka sudah mengenalpasti 45 hotel yang disenaraikan sebagai pusat kuarantin.

Walau bagaimanapun ada permintaan daripada individu yang ingin dikuarantin, mereka memohon untuk memilih hotel mereka sendiri. Jadi, seperti yang dikatakan hotel yang ditanggung oleh kerajaan adalah hotel yang kosnya RM150. Jika mereka ingin memilih hotel mereka sendiri, dengan bilik yang berbeza.

Mereka perlu membayar sendiri. Ianya tidak ditanggung oleh kerajaan. Peringkat awalnya, kita wujudkan hotel seperti ini kerana kita mendapat permohonan daripada pihak kedutaan luar misalnya. Kerana seperti yang saya sebutkan tadi, tiada pengecualian daripada mereka yang pulang dari luar negara untuk dikuarantinkan termasuk diplomat-diplomat asing.

Kalau mereka balik ke negara kita, mereka juga mesti dikuarantin. Jadi mereka minta untuk tinggal di hotel yang akan dibayar oleh kedutaan masing-masing.

Nampaknya dah jelaslah tentang isu ini. Siapa ada duit banyak, kuarantinlah di tempat macam hotel 5 bintang. Tak kisahlah kat manapun, asalkan kuarantin diri dan jangan ingkar arahan. Betul tak?

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Oh Bulan

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna