Dah Dapat ‘Gaji’, Sugu Pavithra Kata Tak Sampai RM 144,000?

Oh My God! Dengan hanya bermodalkan keikhlasan, kejujuran dalam berkongsi video masakan, anda boleh dapat gaji sampai beratus ribu ringgit???

Pergh, macam ni sis pun nak buat jugak! Hiks.. Apa..anda ingat senang ke nak dapat jumlah banyak tu ha? Kena ada subscriber ratus ribu, views juta-juta barulah payment pun asyik. Tapi betul ke Pavithra ni dapat payment sebanyak itu?

Biasalah, views dia tinggi dan orang ramai dah mula berteka-teki agak-agaknya berapalah Google ‘bayar’ Pavithra tiap-tiap bulan kan? Selalunya bayaran ni diterima melalui iklan yang muncul ketika anda menonton video-video Pavithra dan iklan tersebut datangnya daripada Google. Jangan main-main, ramai Youtuber berprofil tinggi mampu menjana pendapatan lumayan sehinggakan ada yang berhenti kerja dan fokus terus kepada penghasilan video di youtube mereka.

Maknanya, kalau gaji paling sikit 2k sebulan, dan mereka bertindak sehingga nak berhenti kerja, adakah amount yang mereka dapat 2 kali ganda daripada itu? Atau berganda-ganda sehingga ratusan ribu ringgit?

Viral Gaji RM 144,000

Mesti ada di antara anda yang pernah terbaca posting viral daripada netizen yang menganggarkan ‘gaji’ Pavithra mencecah sehingga RM 144,000. Katanya jumlah tersebut dikira melalui analisis yang dilakukan secara teliti.

Hm, tapi Pavithra sendiri kata jumlah yang diterima tidaklah sebanyak itu. Katanya jumlah yang diterimanya adalah berjumlah AS$2,000 (RM8,700). Walau jauh beza dengan jumlah yang viral, namun bagi Pavithra sendiri, dia dan suami sangat gembira kerana mereka bukanlah orang senang. Duit yang diterimanya itu akan digunakan untuk membeli pakaian baru untuk dirinya dan ahli keluarganya serta kelengkapan lain.

Well girls, itu baru bulan lepas punya ‘gaji’ tau. Sekarang subscriber Sugu Pavithra makin bertambah ke angka 556K pada saat artikel ini ditulis. Peningkatan ketara daripada bulan lepas. Agaknya berapa pula gaji yang akan diterimanya untuk bulan seterusnya? Hiks, sibuk pule perihal gaji orang.

Bukan apa, Donna turut tumpang gembira. Tiada apa yang mustahil jika ada usaha yang gigih untuk berjaya.

 

 

Baca juga:

Tiada Perkakas Dapur Mahal, Pembersih & Ikhlas Jadi Modal Youtuber Terkenal

Hebat! Sugu Pavithra Berjaya Tarik Orang Jepun Cuba Masak Kari

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Hmetro, Thevocket

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna