Dah Boleh Pergi Gunting Rambut! Ini 9 Sektor Yang Dibenar Beroperasi Ketika PKP Fasa 3

Ramai yang sudah menjangkakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan. Sangkaan itu tepat apabila Perdana Menteri mengumunkan PKP bakal diteruskan sehingga 28 April ini. Ini adalah tindakan yang perlu dilakukan bagi memutuskan rantaian penularan.

Berbeza sedikit untuk kali ini, beberapa sektor perkhidmatan telah dibenarkan beroperasi sepanjang fasa ketiga. Pengumuman itu dilakukan oleh enteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali.

Sumber: The Vocket

Katanya, ia akan menjamin kelangsungan ekonomi negara.

“Langkah ini untuk menjamin kelangsungan ekonomi negara, mengelakkan kehilangan pekerjaan yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia, selain memastikan rakyat terus mendapat akses kepada keperluan asas dan produk kritikal sepanjang
tempoh PKP,” katanya.

Selain kedai gunting rambut, kedai perkakas dan elektronik juga dibenar beroperasi. Berikut adalah antara sektor  lain yang dibenarkan beroperasi.

  • Projek di mana kontraktor G1–G2 ialah kontraktor utama
  • Projek disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas
  • Kerja terowong
  • Kerja penyelenggaraan
  • Kerja cerun
  • Kerja kecemasan termaktub dalam perjanjian kontrak
  • Kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan haiwan perosak lain
  • Kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya
  • Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas
  • Projek pembinaan dengan fasiliti/kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti kuarters pekerja berpusat atau kem pekerja
  • Perkhidmatan profesional yang terlibat dalam industri pembinaan termasuk arkitek, jurutera perancang bandar, juruukur tanah, juruukur bahan, pengurus projek, pengurus fasiliti dan lain-lain yang berkaitan.

Siapa kata mereka boleh buka senang-senang. Ada SOP yang perlu dipatuhi dan kena mohon dulu dekat  www.miti.gov.my kalau nak buka kedai.

Ha, lepas ini kalau nak pergi gunting rambut. Gunting sahaja tau. Jangan pergi buka meja minum kopi pula. Salah tu.

Jangan lupa jaga jarak anda dan kerap cuci tangan. Kita mesti menang!

 

 

 

 

 

 

Sumber: FMT

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna