“Dah Boleh Bawa Anak Pergi Mall Waktu PKPP, Tapi Kalau Boleh Janganlah,”- Menteri

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan menyaksikan banyak kelonggaran diberikan kepada semua. Baru-baru ini Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pun ada menyatakan ibu-bapa boleh membawa anak mereka ke pusat beli-belah dan kedai makan.

Tiada peruntukan atau hukuman dikenakan kepada ibu bapa yang membawa anak mereka ke tempat awam. Bolehlah ibu ayah keluar bersama anak mereka untuk membeli pakaian atau barang mainan.

BACA: Ruang Tamu Berselerak Dengan Mainan Anak? Guna Cara Ini

Sumber: Reuters

Namun begitu, menteri itu bagaimanapun seolah-olah menasihati ibu ayah seboleh-bolehnya janganlah bapa anak keluar memandangkan mereka tetap golongan yang berisiko.

“Cuma sering kali saya nasihatkan, kalau boleh jangan bawa kanak-kanak kerana mereka golongan berisiko tinggi dan ibu-bapa kena jaga kepentingan anak mereka walaupun dipakaikan pelitup separuh muka.

“Tidak ada hukuman kerana tidak diwartakan yang kanak-kanak tidak boleh dibawa ke restoran dan pusat beli-belah tapi kerana anak-anak berisiko tinggi dengan jangkitan Covid-19, kita galakkan tidak bawa anak bersama-sama,”

BACA: Tahniah Frontliners ! Malaysia Diiktiraf Antara 5 Negara Terbaik Kawal Wabak COVID-19

Sumber: Si Cerdik

Bukan itu sahaja, kini anak-anak anda juga boleh keluar bermain di taman permainan dan pusat beriadah. Asalkan mereka mematuhi jarak sosial dan tak berhimpit-himpit.

Walaupun kelonggaran telah diberikan, namun ibu ayah tak boleh lepas tangan tau. Sebab anak-anak kita memang cepat terkena penyakit berjangkit. Ingat, kecuaian kita dalam menjaga anak-anak boleh mengundang maut. Jadi, kalau tiada ada keperluan mendesak, janganlah bawa anak ke tempat yang sesak.

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna