Dah Beli Mahal-Mahal, Kena Tahu Cara Betul Jaga Kain Songket

Kalau dulu hanya orang atasan saja yang akan memakai kain songket tapi hari ini, pemakaian songket lebih menyeluruh, tidak terhad kepada kerabat diraja saja. Cara pemakaiannya juga lebih meluas dan sudah pasti bersesuaian dengan majlis mengikut corak dan motifnya.

Namun, disebabkan harga songket mahal tidak ramai yang pakai untuk majlis yang biasa-biasa. Songket akan digunakan waktu majlis yang besar-besaran misalnya pemakaian raja sehari atau menghadiri majlis formal yang melibatkan undangan dari nama-nama besar.

Sumber: tudung2u

Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa harga songket semakin mahal dan harganya tidak pernah turun. Ini sebabkan cara pembuatan songket yang memerlukan…

  1. Kesabaran yang tinggi.
  2. Teknik pembuatan yang rumit.
  3. Kemahiran kurang tetapi permintaan banyak.
  4. Masa yang diambil untuk siapkan kain sangat lama.
  5. Tidak ramai yang tahu dan berminat dengan proses tenunan.

Sumber: BH

Disebabkan faktor di ataslah harga songket semakin melambung naik. Bukan itu saja, songket juga ada jaga cara penjagaannya. Kalau salah jaga, habislah cepat rosak fabrik sebab benang yang digunakan bukan seperti baju yang lain.

Cara penjagaan songket…

  1. Bentangkan fabrik songket bersama dengan sehelai kain pelekat yang ditindan di atas lembaran kain songket.
  2. Kemudian, gulung fabrik songket bersama kain pelekat tadi secara memanjang sampai ke penghujung.
  3. Simpanlah gulungan songket tadi dengan cermat di dalam almari.

Sumber: cariangoogle

Pantang larang songket…

  1. Elakkan daripada melipat kain songket walaupun sekali. Ini bertujuan mengelakkan daripada benang tenunan songket tadi patah yang seterusnya boleh merosakkan motif sesuatu songket.
  2. Elakkan menghempap songket dengan mana-mana fabrik atau persalinan anda yang lain.
  3. Elakkan juga daripada menggosok kain songket kerana akan menjejaskan kualiti tenunan benang emas lagipun kalau dah gulung elok-elok, tak perlulah nak gosok lagi.
  4. Hindar daripada mencuci kain songket dengan sabun dan air. Sebaiknya gunakan cucian kering (dry cleaning) kerana benang akan mengembang mengakibatkan corak songket rosak.

Nak mudah gantungkan je kesemua koleksi baju kain songket chuols tu tapi berlapik dengan kain pelekat. Kalau tak beli lagi, cuba tanya diri sendiri boleh ke jaga kain songket dengan cermat?

Kalau boleh, belilah satu untuk koleksi peribadi,hiks!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Cara Mencuci Pakaian Ini Dengan Betul Selepas Memakainya

Tak Perlu Pencuci, Ikut 9 Syarat Ini Untuk Elakkan Faraj Berbau & Berlendir

 

 

 

 

 

Sumber: blogspot1blogspot2

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna