Dah Basuh Pun Kotor Lagi, Macam Mana Nak Bersihkan Mainan Si Manja Ni?

Dalam kita nak memastikan si kecil jauh dari jangkitan bakteria dan kuman, sebenarnya kita sendiri penyebab mereka lebih dekat terdedah dengan germ yang tidak diingini tu. Mesti anda pelikkan? Apa yang anda dah buat? Cuba ingat semula bilakah kali terakhir anda membasuh barang mainan mereka?

Semalam? Minggu lepas? Sebulan yang lepas atau tak pernah sejak hari pertama beli? Bukan apa, tabiat anak kecil ni suka masukkan jari atau barang mainan ke dalam mulut. Jika bahagian permukaan barang mainan si kecil tak bersih, bakteria dan virus pasti mudah berpindah kepada bayi. Seterusnya, jatuh sakit. Nak ke?

via GIPHY

Nak basuh barang mainan tu bukan gitu-gitu je. Ada caranya, jom belajar macam mana nak basuh barang mainan.

  1. Masukkan 1/2 cawan cuka dalam satu baldi kecil air panas.
  2. Masukkan kesemua mainan si kecil dalam baldi tadi.
  3. Rendam selama 10 minit.
  4. Kemudian, cuci mainan dengan sabun dan span.
  5. Bilas kesemua mainan tadi dengan air paip.
  6.  Keringkan!

Sumber: unsplash

Tip lain yang kami boleh kongsikan tentang barang mainan kanak-kanak adalah elakkan mereka membawa keluar barang mainan keluar dari rumah kerana bakteria di luar boleh melekat pada mainan kemudian dibawa masuk ke dalam rumah. Pastikan mainan diluar dikhaskan untuk kawasan luar, begitu juga mainan di dalam rumah.

Nampak remeh tapi sering diambil ringan oleh para ibu bapa, yelah fikir barang mainan je kan padahal alat mainan yang kotor boleh meningkatkan risiko jangkitan bakteria dan virus pada si manja.

Untuk bacaan artikel yang lebih menarik, klik je senarai artikel di sini: 10 Simptom Kesihatan Kanak-Kanak Yang Anda Perlu Peka , Senaman Yoga Bukan Untuk Orang Dewasa Je, Kanak-Kanak Pun Ada

 

 

 

 

 

Sumber: Martha Stewart

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna