Dah Ada Satu Kes Positif COVID-19 Murid Sekolah Rendah

Apabila kerajaan mengumumkan bahawa sekolah sudah boleh dibuka semula, pelbagai SOP perlu dipatuhi demi memastikan kesihatan murid terjaga. Namun, harus kita akui bukan semua mampu mematuhi arahan seperti yang telah ditetapkan. Dan baru-baru ini, kes pertama dilaporkan.

Ini mungkin mimpi ngeri buat mak dan ayah semua apabila Jabatan Kesihatan Sabah mengesahkan satu kes positif COVID-19 dikesan membabitkan seorang murid sekolah rendah pada Isnin lalu. Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi, berkata susulan itu, sampel daripada semua rakan sekelas dan ahli keluarga pesakit berkenaan sudah diambil.

“Semua kontak juga sudah diarahkan menjalani perintah kuarantin selama 14 hari. Kita menasihati semua ibu bapa supaya sentiasa memantau kesihatan anak masing-masing dan tidak menghantar mereka ke sekolah jika ada sebarang simptom COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Terdahulu, tular mesej dalam media sosial mendakwa seorang murid sekolah di Inanam dikesan positif COVID-19. Dalam pada itu, Dr Christina memaklumkan, pihaknya sudah menjalankan sebanyak 766 ujian COVID-19, sekali gus menjadikan jumlah kumulatifnya bagi seluruh Sabah mencecah 144,820, setakat kelmarin.

 

Baca juga:

Ah, Sudah! Bayi Dalam Kandungan Pun Boleh Dijangkiti COVID 19 Jika…;

Topeng Muka & Face Shield  Mana Satu Sesuai Untuk Anak?

 

 

 

 

 

Sumber: Bharian

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna