“Dah 40an Pun Kuat Lagi!” – Siti Nurhaliza Tunjuk ‘Skill’ Lari Pecut Lepas Makan Banyak

Tahun ini umur penyanyi kesayangan negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza sudah mencecah angka 40-an, tapi dirinya tidak seperti kebanyakkan wanita lain, beliau tetap aktif bersukan bersama suaminya di waktu senggang walaupun mempunyai jadual padat.

Antara sukan yang paling digemarinya adalah berbasikal, berlari di treadmil atau pun berjogging. Bagus Tokti mengamalkan gaya hidup sihat! Patutlah wajah maintain muda sentiasa, ihiks!

Sebuah posting video Dato’ Siti menerusi laman Instagram miliknya pada malam semalam telah berjaya menarik perhatian Donna.

Video tersebut menunjukkan pelantun lagu Percayalah sedang berlari pecut meningglkan kereta buggy dengan jauh sekali. Penuh semangat!

View this post on Instagram

Bila dah makan banyak tak ingat dunia..🤦‍♀️😂

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Tidak sampai separuh hari, posting tersebut telah dibanjiri lebih seribu komen dari pengikutnya. Iyalah, Donna rasa ini kali pertama orang ramai melihat Tokti berlari! Laju pulak tu!

Rata-rata pengikutnya memuji kekuatan stamina yang dimiliki Tokti walaupun sudah mencapai 40-an.

Comelnya! Macam hari sukan sekolah

Ada juga memuji telatah Tokti kerana comel ketika berlari.

 

Tak sangka, penyanyi nombor satu negara ada sisi lucu dia. Yang penting, ramai terhibur dengan telatah tersebut. Semoga Tokti terus sihat dan happy selalu ya.

 

 

 

 

Sumber: instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna