Cukupkah Penjarakkan Satu Meter Untuk Lindung Diri Dari COVID-19?

Hampir ke mana sahaja kita berada, asalkan luar sahaja dari kawasan rumah, pasti akan terlihat tanda-tanda peringatan akan pematuhan SOP untuk mengekang penularan wabak COVID-19 yang merbahaya ini.

Hampir setiap hari juga kita melihat dan mendengar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan semua lapisan masyarakat untuk mengamalkan penjarakan sosial dan menepati jarak satu meter antara satu sama lain untuk bertujuan mengawal penyebaran virus merbahaya itu.

Dek kerana tidak mahu menjadi mangsa seterusnya kepada wabak COVID-19 ini, ramai yang turut mematuhi beberapa langkah SOP yang ditetapkan. Antara salah satunya adalah menjaga jarak satu meter antara satu sama lain.

Akan tetapi mengapa satu meter bukan dua, tiga, empat mahupun lima? Ada juga penjelasan yang tular menyatakan jika seseorang itu bersin dan kadar kelajuan titisan cecair yang keluar dari mulut dan hidung dianggarkan 150 km/j lajunya dan boleh tersebar sehinga satu dan dua meter!  Fuh, siapa yang bersin tak reti nak tutup mulut dan hidung itu memang cari pasal!

via GIPHY

 

Walau bagaimanapun, mengikut sumber yang menyatakan kajian santifik terhadap virus ini menyerang saluran pernafasan yang sama seperti COVID-19, satu meter merupakan jarak minima yang memadai untuk terlindung diri. Jadi, jika lebih daripada satu meter adalah dijamin lebih selamat.

Jadi hypothesis yang disimpulkan adalah, semakin dekat kita dengan mereka yang terjangkit oleh virus ini, sudah tentulah semakin tinggi peluang untuk kita turut terkena jangkitannya.

Bukan itu sahaja, Jarak satu meter ini turut disokong oleh Pertubuhdan Kesihatan Sedunia atau WHO dan majoriti negara juga menggunakan method ini.

Jadi, sudah jelaslah sebenarnya jarak satu meter itu hanyalah jarak minima dan boleh terlindung. Walau bagaimanapun, lebih jarak adalah lebih selamat!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Mstar

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna