“Cukup Sebulan 2 Kali, Kalau Tak…” – Bila Terlalu Ketagih Bubble Tea, Ini Padahnya

Rasanya semua orang dah tahu fenomena teh mutiara atau bubble tea yang menjadi kegilaan ramai. Minuman yang viral sehingga orang ramai sanggup beratur panjang tak kira panas, hujan, lewat malam. Asalkan dapat basah tekak dengan air minuman tersebut, sudah cukup buat mereka bahagia sepanjang hari.

Malah, khabar angin mengatakan akan wujud satu lagi jenama bubble tea yang lain kononnya bakal menandingi semua bubble tea yang ada. Fuh! Bukan biasa-biasa air ni. Hmm.. Apalah sedap sangat air tu ye? Tak apa ke kalau minum air ni secara berlebihan?

Sumber: nylon

Untuk menyelongkar kesan minum bubble tea ini, kami telah menemubual seorang penuntut UKM dalam jurusan Sains Dietetik, Asyraf Shauqi untuk menerangkan persoalan ini. Katanya, kandungan gula dalam bubble milk tea sangat banyak sehingga boleh mendatangkan pelbagai penyakit.

“Kalau kita lihat sendiri, kandungan utama dalam air ini ialah bubble pearl sendiri kemudian dicampurkan dengan gula perang, teh dan juga susu. Gula perang yang digunakan dalam minuman ini sebenarnya bersamaan dengan 18 sudu gula biasa. Maknanya, kandungan gula dalam Bubble Milk Tea lebih banyak daripada minum air bikarbonat.

Apa yang lebih membimbangkan, jika minuman ini diambil pada setiap hari tanpa kawalan, ia akan memberi kesan kepada si peminum. Antaranya mereka akan mengalami kesukaran membuang najis, berhadapan dengan penyakit obesiti dan juga diabetes,” jelas Asyraf.

Ini kes remaja perutnya gagal menghadam 100 biji bubble tea…

Tambahnya lagi, bubble tea diperbuat daripada tepung ubi kayu, gula perang dan pewarna hitam. Untuk pengetahuan anda, tepung ubi merupakan tepung yang susah dicerna oleh sistem penghadaman manusia. Apa yang lebih teruk, ia mengambil masa yang lama untuk dicerna dan dikumuhkan keluar daripada tubuh manusia.

“Bukan tak boleh minum, boleh tapi berpada-pada. Cukup sekadar sebulan 2 kali. Sebaiknya, bila kita muda ni, jaga pemakanan kerana setiap makanan yang kita ambil sekarang ni akan beri kesan bila kita sudah tua. Jadi, elakkan makanan yang boleh beri kesan buruk pada badan. We are what we eat,” pesannya pada orang ramai.

Lihat jumlah kandungan gula satu bekas air bubble tea…

Ha.. Dah tahu kan  kesan buruk kalau terlampau ketagih bubble tea ni? Tak kira sama ada telan ke tak telan, kunyah atau tidak bubble tu. Kandungan gula yang masuk dalam badan kita tetap banyak dan mendatangkan kesan buruk.

Beringatlah ye? Jangan kerana terlalu ikutkan trend, habis kesihatan tak terjaga.

Untuk  bacaaan artikel lebih menarik, anda boleh klik di sini: Doktor Ini Basuh Mentaliti Netizen Tentang Produk Kesihatan Sampah
Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna