Cuci Muka Pun Salah, Macam Mana Nak Flawless Ni? Elakkan ‘Mistakes’ Ini!

Kalau topik skin care routine ni memang leceh sikit. Sebab realitinya bukan satu perkara yang mudah untuk mendapatkan kulit yang licin dan flawless dalam masa yang singkat.

Jadi apa yang anda boleh buat adalah hanya pastikan cara anda  betul. Yang sebenarnya, bukanlah susah mana pun dan ia menjadi sesuatu perkara yang sukar untuk dicapai mungkin disebabkan cara membersih yang salah.

Jadi hari ini Donna nak kongsikan kepada anda semua, 5 kesalahan yang kebanyakkan kita, selalu buat dalam mencuci muka. Tak kiralah lelaki mahupun wanita!

Tidak mencuci tangan sebelum mencuci muka

Kebanyakkan kita masuk tandas kemudian terus mengambil pencuci muka dan terus mencuci muka tanpa menghiraukan atau fikir yang tangan kita bersih ke tidak sebenarnya? Tanpa disedari, segala kuman yang ada di tangan kita, di- transfer pula ke kulit muka kita! No,no no! Jadi anda kena pastikan anda mencuci tangan terlebih dahulu sebelum mencuci muka okay?

via GIPHY

Produk yang tidak bersesuaian

Anda tidak boleh sesuka hati  membeli sahaja pencuci muka yang terdapat di pasaran tanpa memastikan apa yang diperlukan dan bersesuaian dengan kulit muka anda. Jadi, Donna mencadangkan untuk anda mengenal pasti terlebih dahulu jenis kulit muka anda, sama ada berminyak atau sebaliknya. Barulah decide pencuci muka jenis apa yang diperlukan.

Foto:Unsplash

Suhu air yang tidak sesuai

Elakkan mencuci muka dengan air yang bersuhu tinggi atau air panas. Hal ini kerana ia akan membuatkan salur darah dalam kulit berkembang dan boleh menganggu organ tisu yang berada pada bawah kulit muka. Sebaiknya, cucilah muka menggunakan air suam.

via GIPHY

 

Kerap mencuci muka

Anda sepatutnya mencuci muka sebanyak dua kali sehari. Walau bagaimanapun, terdapat individu yang terlalu risau akan kebersihan kulit mukanya sehingga sanggup mencuci muka sendiri berkali-kali. Perkara ini boleh membawa kepada masalah kulit tau! Jangan sering ganggu kulit muka anda tanpa sebab yang munasabah ya.

via GIPHY

 

Tuala badan jadi tuala muka

Well, ni lagi satu habit yang sangat tidak bersesuaian dan memang akan menjadi punca masalah kulit naik jeragat dan jerawat. Sepatutnya, anda wajib menggunakan tuala yang asing dan kalau boleh elakkan sama sekali daripada menggunakan tuala badan sebagai tuala muka. Sama konsep seperti tak cuci tangan tadi, bakteria yang ada pada badan tanpa disedari dipindahkan ke kulit muka yang lebih sensitif.

via GIPHY

 

Semoga artikel ini dapat memberikan kesedaran pada anda semua dan lebih elok anda hentikan kesilapan ini secepat  yang mungkin. Siapa tak nak cantik kan? Semoga berjaya!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:FreeMalaysiaToday

 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna