Cuba Tip Ni, Ubah Bilik Tidur Sempit Jadi Selesa

Bilik tidur merupakan ruang untuk berehat dan meluangkan masa lapang anda pada hujung minggu. Ia juga memberi aura yang berbeza apabila bilik tidur anda kelihatan kemas dan menarik. Tapi bagaimana nak dapat bilik tidur yang menarik bila ruang sempit? Pasti ada di antara anda yang buntu untuk menghias ruang bilik tidur kerana terlalu kecil dan sempit, tapi Donna ada caranya.

Image result for bedroom

Sumber : Mocka

Pemilihan warna sangat penting untuk mengubah imaginasi sudut pandangan agar ruang bilik kelihatan lebih luas. Tona warna seperti putih sangat sesuai untuk bilik tidur yang kecil tapi sesiapa yang tidak suka dengan warna putih kerana mungkin akan kelihatan kosong anda juga boleh memilih tona warna-warna lembut seperti coklat cair dan peach.

Related image

Image result for double drawer bed designs

Penggunaan perabot harus dikurangkan agar bilik anda kelihatan lebih kemas dan tersusun. Pilih katil yang bersesuaian dan elakkan untuk menggunakan katil bersaiz queen atau menggunakan tilam yang tinggi. Sususan katil dalam keadaan melintang dan rak buku di bahagian tepi akan memberi ruang yang lebih luas. Almari pakaian anda pula boleh diletakkan di tepi dinding berhampiran dengan pintu. Jika anda berkongsi bilik, anda juga boleh menggunakan katil double decker kerana ia kelihatan lebih kemas dan tidak perlu lagi bentang tilam di bawah. Mudah kan?

Image result for double drawer bed designs

Sumber : Mhealthed

Selain itu, warna cadar dan bantal juga memainkan peranan untuk tampak lebih menarik pada ruang bilik anda. Gunakan fabrik yang bercorak kerana ia akan menaikkan mood bila berada di dalam bilik. Kalau boleh elakkan menggunakan cadar yang polos dan berwarna gelap kerana ia boleh buat anda jadi bosan!

Bilik yang mempunyai ruang yang sempit juga perlu ruang pencahayaan yang betul. Gunakan satu lampu sahaja untuk memberi motif pada ruang tidur anda serta jimat penggunaan ruang.

Ha, tak susah pun. Boleh diy sendiri jika anda yakin. Good luck!

 

 

Sumber : Vocket

Tags: , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna