Cuba Resipi Viral ‘Bread Butter Puding’ Nikmat Makan Di Waktu Petang

Sambil perhati anak-anak main pada waktu petang di halaman luar rumah, mesti anda terfikir untuk menghidangkan sesuatu yang mudah dan sedap betul tak? Paling tidak haruslah ada makanan sebagai tambahan dan peneman agar masa yang anda luangkan bersama keluarga menjadi lebih lengkap dan menyeronokkan.

Tak perlu susah-susah sebab Donna akan kongsikan kepada anda semua resepi viral Bread Butter Pudding yang mampu membuatkan minum petang anda bersama keluarga menjadi lebih nikmat. Ha, cepat sediakan pen dan kertas untuk take note resepi di bawah lepas ni boleh kongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain juga hiks!

Image result for bread butter pudding

Sumber: thesplendid

Bahan-bahan

  • Karamel*
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar air
  • 2 sudu besar air suam
  • 2 keping roti
  • sedikit butter
  • 4 biji telur
  • 600ml susu cair/susu segar
  • 8 sudu besar gula halus
  • sedikit esen vanila
  • sedikit kismis

Cara Penyediaan

Sapukan acuan dengan butter. Panaskan oven hingga suhu 180C. Kemudian bakar roti selama 3-4 minit untuk lebih mudah dimakan potong roti sebesar 1-2cm. Bagi penyediaan karamel masukkan gula dan dua sudu besar air ke dalam periuk, panaskan sehingga perang. Tutup api dan tambahkan 2 sudu besar air suam. Masukkan karamel ni ke dalam acuan yang telah disapu dengan butter tadi. Kemudian, tapiskan sebatian ini ke dalam acuan yang ada karamel tadi. Letakkan kepingan roti yang dah di toast tadi dan juga kismis ke bekas adunan. Masukkan ke dalam ketuhar dan letakkan sedikit air suam ke dalam dulang tersebut bukan ke dalam acuan puding. Kukus selama 40 minit dan siap!

Ikut citarasa anda, ia boleh dimakan sewaktu sejuk mahupun panas, untuk lebih sedap anda boleh tambahkan ais krim vanila memang nikmat habis.

 

Untuk resepi yang lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Buat Yang Masih Bujang, Ini Senarai Resepi Paling Mudah Untuk Anda

 

 

Sumber : myresepi 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna