Cuba Menu Ni. Yang Tak Suka Kaki Ayam Pun ‘Confirm’ Terliur!

Masak kaki ayam? Euw!”

Kepada yang bukan penggemar kaki ayam pasti akan kembang tekak bila dengar kaki ayam nak dijadikan hidangan. Yucks! Geli… Tapi, tahukah anda sebuah kajian yang dilakukan di Jabatan Sains Haiwan Kebangsaan Universiti Chungsing, Taiwan mengatakan bahagian kaki ayam terdapat banyak kolegen. Eh, geli? Apa tu? Hiks!

BACA: Hanis Zalikha Kongsi Resipi Sup Ayam Berkhasiat Bila Yusuf Selsema

Kepada wanita yang impikan kulit tegang walaupun umur makin meningkat. Makan je makan kaki ayam kalau nak maintain kulit tegang macam awet muda. Bagi yang tak suka makan kaki ayam tu, cuba makan sikit dulu untuk tahu tekak anda boleh terima atau pun tak.

Sumber: yoynetwork

Apa pun, kami senaraikan di bawah antara resipi yang sesuai untuk masak hidangan kaki ayam.

Sup kaki ayam

Ha.. Ini hidangan cliche yang selalu orang buat tapi, kalau makan waktu petang-petang ditambah pula cuaca hujan. Fuh! Sedap tak terkata. Kepada yang tak tahu nak masak sup kaki ayam macam mana, senang je! Gunakan bahan dan masak sup seperti biasa dan masukkan kaki ayam.

Sumber: resepfarlys

Kaki ayam bakar

Nah! Ni menu paling mudah sekali, kaki ayam bakar. Cara penyediaannya, buat perapan untuk kaki ayam seperti  perapan ayam yang biasa. Kemudian, bakar sehingga keperangan! Makan macam tu je pun dah rasa sedap.

Sumber: siraplimau

Kaki ayam sambal merah

Tertelan air liur bila bayangkan kaki ayam masak merah ni, Sedapnya! Tip untuk masak menu ni, pastikan kaki ayam sudah digoreng garing dan sambal yang dimasak dalam tekstur kering. Jangan ada kuah, nanti rasa lain.

Sumber: resepkoki

Mudah sajakan? Walaupun kurang isi, tapi kalau meratah macam tu je, umpph… Nikmat! Yang penting cuci bersih-bersih dan buang kuku bahagian kaki ayam dulu dan barulah masak. Selamat menjamu selera.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna