Cuba Dulu Baru Tahu! Aktiviti ‘Pillow Talk’ Buat Hubungan Suami Isteri Semakin Mesra

Cuba check semalam sebelum tidur anda sempat berbual dengan suami tak, ke ada yang terus tidur je hiks! Walaupun hubungan seksual itu penting bagi pasangan suami isteri tetapi aktiviti pillow talk juga mampu membuatkan anda dan pasangan semakin mesra. Mungkin ada di antara yang tidak pernah tahu atau jarang mengamalkannya tetapi terdapat banyak manfaat jika anda lakukan ia sebelum tidur atau selepas melakukan hubungan intim.

Bagi pasangan di luar sana, pillow talk adalah aktiviti percakapan atau perbualan yang dilakukan bagi pasangan suami isteri tentang perkara yang sulit seperti hubungan intim. Opss sebelum tu, pillow talk adalah berlainan dengan dirty talk okay jadi jangan salah anggap pula. Aktiviti ini disarankan untuk lebih mengenal dan memahami pasangan dengan sifat yang lebih intim dan mesra.

Related image

Sumber: bunny

Beri Impak Positif Kepada Pasangan

Berdasarkan jurnal komunikasi tahun 2012, terdapat satu kajian yang membuktikan bahawa pillow talk mampu memberi impak positif dalam sesebuah rumah tangga. Kebanyakan pasangan yang telah diberi borang soal selidik bersetuju bahawa percakapan intim dapat meningkatkan lagi kepercayaan, kepuasan dan rasa kasih sayang antara satu sama lain.

Berfungsi Untuk Pupuk Sifat Terbuka

Nak lagi best, bagi yang bakal menghadapi malam pertama sebagai suami isteri masa ini lah anda boleh mengambil peluang untuk melakukan pillow talk untuk meluahkan rasa dan pengalaman yang tidak dapat dikongsi pada orang lain selain daripada pasangan. Setiap orang pasti mempunyai cara tersendiri dalam meluahkan perasaan, jadi aktiviti ini berfungsi untuk mendidik anda dan pasangan agar lebih terbuka satu sama lain.

Sumber: thehealthty

Lebih Menghargai Pasangan

Bukan itu sahaja, bila manfaat daripada aktiviti ini juga mampu membuatkan anda lebih menghargai pasangan. Walaupun ianya dilakukan hanya untuk beberapa minit percakapan di atas katil mampu mewujudkan pelbagai emosi yang selama ini anda rasakan kepada pasangan.

Kalau tak percaya, kena lah cuba dulu baru tahu. Tapi pastikan segala peralatan gajet tiada di sisi anda agar masa yang terluang lebih berkualiti dan diisi sepenuhnya bersama pasangan.

 

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Rahsia Suntikan Salmon DNA Mampu Mencerahkan Kulit Muka Dan Tampak Awet Muda

 

Sumber: kompas 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna