Cuba ‘Check’ Tanda Ni Mungkin Suami Anda Dalam Kategori ‘Bad Kisser’?

Masa baru-baru kahwin semua perkara mahu dilakukan bersama, tapi bila dah masuk saja tahun seterusnya hubungan dengan pasangan pun makin hambar. Perkara ni mungkin anda selalu dengar dan ada yang mengalaminya sendiri, Donna faham kadang-kala tarikan fizikal antara suami isteri bukan lagi rutin yang anda sering lakukan kerana ada perkara yang membuatkan anda berasa tidak selesa untuk melakukannya.

Ciuman? Ianya adalah perkara yang romantis apabila dilakukan bersama suami, walaupun nampak mudah tapi tidak semua wanita berpuas hati dengan ciuman suami mereka kerana ada beberapa perkara yang pasangan perlu tahu bahawa sebenarnya suami anda adalah seorang ‘bad kisser’.

Image result for husband kiss wife

Sumber: youwork

Not Pay Attention  

Tak pelik ke kalau suami anda sahaja yang menikmatinya tetapi anda tidak? Nak cakap depan-depan mungkin anda takut mereka berkecil hati dengan teguran tersebut tetapi ciuman yang indah apabila pasangan turut menikmati, merasai keasyikan ketika bercium tanpa perlu memikirkan hal yang lain. Pergerakan kepala penting tau ketika melakukan ciuman. Bila tak ada rentak yang baik mungkin anda dan pasangan sudah hilang ‘percikan api’ asmara.

Nafas Berbau

Alahai spoil! Muka kalau macam Zayn Malik tapi sekali buka mulut habis musnah segalanya! Haa, jaga-jaga nafas berbau ni memang boleh merosakkan mood untuk bersama. Berdasarkan kajian National Today orang yang memiliki nafas berbau adalah tanda terbesar dalam kumpulan ‘bad kisser’.

Image result for husband kiss wife

Sumber: faith

Tiada Komunikasi Antara Pasangan

Nak menikmatinya bersama, mudah sahaja apa kata anda cuba luahkan bagaimana cara anda mahu dicium. Memberi maklum balas ketika bercium akan dapat membantu untuk apa yang harus dilakukan seterusnya. Haa masa tulah anda dan pasangan boleh bergurau manja supaya dapat mengelak rasa malu, dan boleh perbaiki kelemahan masing-masing.

Bersikap Gelojoh

Opps jangan gelojoh! Itu sebabnya boleh dikategorikan sebagai bad kisser. Perlahan-perlahan melakukannya kan lebih romantik, sambil tu boleh merenung tempat ke dalam mata pasangan untuk menunjukkan betapa sayangnya anda kepada isteri. Bukan terus terkam ye! Apa yang lagi teruk jika pasangan anda terpaksa mengelap mulut kerana air liur atau ingin menenangkan bibir yang sakit selepas bercium. Jadi hati-hati ye.

So after this, please take note. Walau apa pun kelemahan pasangan kita, jangan terus berpaling dan cuba membantu mereka dengan berkongsi tip seperti di atas kan lebih bagus.

Untuk artikel yang lebih menarik, apa kata anda klik link di sini :

Panaskan Lagi Hubungan Bersama Di Dapur Dengan Suami,Why Not?

 

 

 

 

Sumber: wanista 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna