Cuaca Panas Penyebab Ramai Ambil Cuti Sakit

Malaysia terletak berhampiran garisan khatulistiwa yang merupakan sebuah negara beriklim tropika yang secara umumnya mengalami cuaca lembab dan panas sepanjang tahun.”

Walau bagaimanapun, saban tahun cuaca negara kita akan berubah mengikut musim berdasarkan kepada corak aliran angin yang bertiup. Kebanyakkannya akan menyebabkan musim panas berlaku. Sungguhpun sudah biasa dengan kehangatan suhu yang panas, namun anda perlu sedar, terlampau terdedah dengan cuaca panas akan menyebabkan pelbagai penyakit menyapa. Ketika itu anda boleh melihat setiap hari ramai orang akan menjadi penunggu setia di klinik atau hospital. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak, pasti akan silih berganti mengambil cuti dek kerana perlu menjaga anak-anak yang tidak sihat.

Sumber Foto: 123rf

Selain ruam panas, individu yang terdedah pada cuaca panas melampau juga berisiko terkena penyakit yang dinamakan heat edema. Golongan ini terdiri daripada anda yang bekerja dan berdiri dalam cuaca panas untuk satu tempoh yang agak lama. Dalam kes heat edema ini adakalanya boleh menjurus kepada simptom yang lebih serius lagi seperti keletihan akibat kepanasan. Apabila ini berlaku, tubuh mula menjadi kering atau dehidrasi dan gejala lain seperti haus, pening dan kekejangan otot. Otot yang berisiko menjadi kejang seperti abdomen, kaki dan tangan.

Sumber Foto: 123rf

  • Untuk mengelakkan ia berlaku, individu tersebut perlu memberi keutamaan kepada pemakaian yang betul terutama dari segi pemilihan warna.
  • Elakkan pakai pakaian berwarna hitam kerana ia memang kuat menyerap haba.

via GIPHY

  • Disarankan juga kepada mereka yang mampu untuk memasang pendingin hawa di kediaman masing-masing bagi mengurangkan kepanasan.
  • Jika perlu keluar, pastikan memakai topi atau payung untuk kurangkan pendedahan panas tersebut pada kulit.

via GIPHY

Keadaan paling kronik melibatkan cuaca panas ini ialah heat stroke atau strok panas. Walaupun setakat ini kes seperti itu jarang berlaku di Malaysia, risikonya tetap ada. Punca utama ialah apabila tubuh hilang banyak air dan invividu tersebut tidak minum air yang cukup. Memang adakalanya mereka tidak berasa haus, tetapi sebenarnya apa yang mereka tidak sedari ialah dalam tubuh memang sudah kekurangan air. Jika heat stroke ini berlaku risikonya individu boleh hilang ingatan sementara. Kerosakan otak boleh berlaku sekiranya air yang diminum tidak mencukupi.

Sumber Foto: runtastic

Cuaca panas juga ada kaitan dengan penyebaran penyakit termasuk denggi.  Ini kerana cuaca panas menjadikan nyamuk lebih aktif dan lebih banyak serta cepat membiak. Jika pada musim selain panas, nyamuk aedes menghisap darah selang sehari tetapi kajian menunjukkan pada musim panas, nyamuk aedes menghisap darah setiap hari dengan itu risiko penyebaran penyakit denggi lebih tinggi.

Sumber Foto: 123rf

Lazimnya, sekitar lima hari selepas gigitan nyamuk, mangsa akan mula mendapat demam panas dengan perkembangan segala bentuk jangkitan denggi.

 

JIKA CUACA PANAS LAKUKAN INI!

  • Perlu minum dengan banyak walaupun anda tidak dahaga.
  • Minuman isotonik boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Sentiasa berada di dalam rumah atau tempat yang teduh jika cuaca panas.
  • Hadkan aktiviti yang memerlukan anda keluar
  • Berehat dengan kerap
  • Mandi atau buka kipas angin untuk sejukkan diri
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang, dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar.
  • Jangan tinggakkan orang atau haiwan di dalam kenderaan yang bertutup atau ruang yang tidak ada pengaliran udara.
  • Jangan bersenam dalam cuaca panas

 

 

Sumber: Portal Myhealth

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna