‘Crack’ Habis! Dinosaur Pun Keluar Beli Barang Dapur

Rakyat Malaysia ini selain lawak, kita juga kreatif. Ada sahaja perkara dilakukan untuk buat ramai tergelak. Kita memang perlukan lawak-lawak sebegini pada musim COVID-19 ini. Hari ini, sempena ulangtahun kelahirannya, pelakon Betty Rahman menyarungkan maskot ala-ala Dinosaur ketika beli barangan keperluan rumah.

Betty berkongsi beberapa video di laman Instagram. Ini kalau budak-budak nampak, habis dikejarnya. Nasib baik Perintah Kawalan Pergerakan ini membolehkan hanya seorang wakil keluarga untuk keluar beli barangan keperluan rumah.

BACA: Bertenang Netizen! Ini Bukan Lockdown: Tapi Perintah Kawalan Pergerakan

 

View this post on Instagram

 

MummyDino on a mission 🦖 #covid_19 #covid_19mademedothis #socialdistancing #stayhome

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on

Dari beli barang, bayar di kaunter sehinggalah balik rumah. Betty masih lagi dalam pakaian Dinasaur. Ha, memang terjaminlah keselamatan dan kesihatan bila pakai maskot ini.

BACA: Lepas Coli, Kini Tuala Wanita Jadi Pilihan Bila  Mask Tak Cukup!

Dalam kapsyen Instagram, Betty turut menyatakan semoga kehadirannya dalam maskot Dinasaur dapat menghiburkan pekerja yang semestinya keletihan kerana ramai orang berpusu-pusu ke pasaraya.

“I percaya I buat ramai orang senyum dan terhibur harini on my birthday. Especially kakak/abang supermarket yang sanggup bekerja. So nampaknya esok kena pergi supermarket lain cari barang-barang yang tak dapat harini. Tak pasal-pasal korang nampak dinosaur shopping lagi,” katanya.

Perbuatan itu kemudian mendapat pujian dan respon positif daripada rakan-rakan artis dan netizen. Ada juga yang mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran kepada pelakon drama Adam dan Hawa itu.

Inilah semangat yang diperlukan oleh kita rakyat Malaysia. Jangan biarkan pandemik yang berlaku di seluruh dunia ini membuat kita terlupa untuk bergembira. Kita kena teruskan hidup dan menggembirakan orang lain. Selamat hari lahir Betty dan terima kasih!

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna